11 Pengajaran Yang Kami Pelajari Selama 11 Tahun Ini

Baca artikel ini di laman web FBS

Гл.-Картинка.jpg

Untuk FBS, 9 Februari menandakan 11 tahun keberadaan kami di dalam bisnes perbrokeran. Tatkala kami merenung semula masa silam, kami teringat bahawa ada sungguh banyak pengajaran yang telah kami pelajari. Jadi kami berasa kami cukup berumur untuk kongsikan beberapa permata hikmah yang kami perolehi ketika membangunkan bisnes ini dari sifar menjadi syarikat yang mempunyai jutaan pelanggan di seluruh dunia.

Setiap pedagang Forex adalah ahli perniagaan. Lihat apakah pengajaran yang anda boleh ambil untuk memperelokkan karier anda.

Pengajaran 1: Tetapkan sasaran yang tinggi sejak dari awal lagi

Orang kata, seorang askar yang tidak mahu menjadi seorang jeneral bukanlah askar yang bagus.

FBS bermula pada tahun 2009 dan mempunyai 50,000 pelanggan menjelang 2010. Pada tahun yang sama, FBS telah menerima anugerahnya yang pertama — Broker Mini Forex Terbaik. Siapa sangka, di waktu itu, syarikat ini akan berkembang sehingga mempunyai 14+ juta pelanggan di seluruh dunia?

1.jpg

Rahsianya mudah — sejak dari awal lagi kami nekad mahu menjadi pemain besar di persada antarabangsa dan tidak akan berpuas hati kurang dari itu.

Pernahkah anda dengarkan kisah seseorang yang hanya mahu menjadi seorang tukang yang biasa-biasa tetapi berakhir menjadi seorang billionaire? Kami pun tak pernah. Tidak mengapa jika anda mahu melangkah berdikit-dikit menuju sasaran anda, tetapi pastikan anda tidak cuai dan terlupa dengan cita-cita jangka panjang anda.

Pengajaran 2: Semuanya akan baik-baik sahaja jika anda persiapkan diri dengan ilmu

Setiap bisnes adalah satu cabaran besar di peringkat permulaan dan ia akan berubah menjadi rutin bila anda pelajari selok-beloknya. Kami telah pelajari banyak perkara di dalam bidang ini dan menggalakkan para pelanggan kami mengambil jalan yang sama.

Sumber analisis pertama telah ditambahkan ke laman web sebaik selepas pelancaran syarikat. Itu adalah polisi yang kami pegang teguh sehingga sekarang — ilmu harus mampu diakses oleh semua! Kini, seksyen "Analisis & Pendidikan" FBS adalah pusat sehenti untuk mereka yang ingin belajar berdagang, yang besar dan yang kecil.

Pengajaran 3: Pengalaman-pengalaman terbaik datang dari lapangan yang berbeza

Oleh kerana kami servis perdagangan online, kami tidak pernah melepaskan peluang untuk menyerlah di dunia offline. Kami sertai pelbagai ekspo dan menjalin hubungan dengan rakan sejawatan dan evangelist fintech dari seluruh dunia, dan ia membuahkan ganjaran yang maha besar.

4.jpg

Kenapa kurung diri anda di dalam satu nama domain? Dunia ini luas dan penuh dengan tempat-tempat hebat untuk bertemu orang lain — baik online mahupun offline.

Pengajaran 4: Bina sebuah komuniti dan setia bersamanya

Tidak ada bisnes yang mampu hidup terasing seperti pulau. Sejak di peringkat awal lagi, kami telah berjanji untuk bersikap terbuka dan responsif terhadap pelanggan kami dalam apa jua segi. Kami tidak mungkiri janji ini — baik ketika kami mula mendapat 8,000+ pendatang baru sehari di tahun 2017, mahupun ketika kami mencecah 14,000,000 orang pengguna di tahun 2019.

7.jpg

5.jpg

Kami berhubungan dengan para pelanggan kami menerusi rangkaian sosial, promosi dan peraduan, acara-acara khusus, dan pasti sekali menerusi tim khidmat pelanggan kami. Pada hari ini, mereka bertutur dalam 19 bahasa, memproses ribuan tiket sehari, dan mereka adalah manusia sebenar, bukan robot.

Terlanjur bercakap tentang robot...

Pengajaran 5: Terima kemajuan teknologi

Pada tahun 2009, kebanyakan orang menggunakan telefon berkekunci, dan hanya segelintir yang memilik iPhone 3GS atau Blackberry. Bila itu berubah, kami telah meluncurkan tiga aplikasi perdagangan satu demi satu: FBS — Laman Peribadi Mobile, FBS Trader, dan FBS CopyTrade. Ia telah dimuat turun berjuta-juta kali dan mendapat markah yang tinggi di Google Play dan App Store, dan yang paling penting, app-app ini telah membuatkan rutin para pedagang kami jauh lebih mudah dengan mengautomasikan kerja-kerja berkaitan perdagangan.

Pengajaran 6: Melabur pada karma

Orang baru ghairah mahu menerima, manakala perniagaan yang sudah matang lebih gemar memberi dari menerima.

FBS telah mengadakan kempen kebajikan pertamanya pada 2015 ketika ia menyambut kedatangan pelanggannya yang ke-1 juta. Ia adalah promosi Ramadan di mana pedagang ditawarkan untuk berdagang dengan manfaat-manfaat tambahan sepanjang Bulan Suci Ramadan agar kami dapat menyalurkan spread yang terkumpul kepada beberapa badan kebajikan. Pada waktu itu, kami telah berjaya mengumpulkan $400,000, dan telah menganjurkan promo ini setiap tahun sejak dari itu. Pada masa ini, kami sudah pun menyalurkan sekitar $1,000,000.

Untuk mendukung para pelanggan kami di seluruh dunia, kami menganjurkan promo “Dreams Come True”, di mana kami berasa seronok dapat membuat impian orang ramai menjadi kenyataan pada setiap bulan.

8.jpg

6.jpg

Seekor lembu, alat pembuat roti, mesin rawatan wajah HIFU, alat bantuan mengajar untuk kanak-kanak yang bermasalah penglihatan — kami telah berikan berdozen-dozen hadiah yang super awesome kepada para pedagang kami di sepanjang sejarah kewujudan kami. Kami lakukannya untuk memberikan para pelanggan kami satu permulaan yang baik untuk apa saja keinginan mereka, dan melihat ia merubah kehidupan mereka menjadi lebih baik adalah ganjaran yang cukup manis buat kami.

Pengajaran 7: Bersama lebih berkat

Kami percaya bahawa tidak kira betapa kuatnya anda bila bersendirian, kerja bersama-sama dengan orang lain sentiasa memberikan kelebihan. Falsafah ini mendasari setiap perkara yang kami lakukan. Kami pelajari dari rakan-rakan sekerja kami dari luar negara dan mengimplementasikan wawasan ini di rantau-rantau lain, bertukar-tukar idea, dan mencari para Rakaniaga yang terkuat di serata dunia.

Kami meraikan keragaman dan kepelbagaian budaya dan mendapatkan wawasan terbaik dari para pedagang kami di pelbagai negara.

10.jpg

Pada tahun 2020, kami menjalin kerjasama dengan lagenda bolasepak Eropah — FC Barcelona. Dua gergasi kini berpadu tenaga, dan berasa bertenaga dapat bersama dengan Kelab tersohor.

9.jpg

Pengajaran 8: Misi bukan sekadar kata-kata kosong

Misi tidak bermakna sehingga setiap kakitangan berpegang teguh kepadanya sebagai etika yang mendasari tindakan mereka. Sewaktu kami baru bermula, kami mahu menjadi sebuah gergasi antarabangsa yang sentiasa berdiri teguh di sisi pelanggannya dan melakukan segalanya untuk membantu mereka berjaya. 11 tahun kemudian, kami masih setia dengan nilai-nilai kami.

Bila kami ucapkan “Always by your side”, kami benar-benar maksudkannya.

Pengajaran 9: Pertumbuhan adalah bagus. Walaupun anda sudah sedia menikmati prestasi yang baik

Pada tahun 2019, kami meraikan ulangtahun ke-10 kami dengan lebih 10 juta orang pelanggan bersama kami dan perolehan yang cemerlang. Kami boleh sahaja duduk santai menikmati kejayaan kami… namun sebaliknya kami telah memperkenalkan lebih banyak produk dan promo.

Ketaksuban kami pada pertumbuhan membawa kami ke posisi yang baik: 14+ juta pelanggan, 190+ negara kehadiran, jutaan pengikut di rangkaian sosial, dan seluruh dunia terbuka luas di hadapan kami.

Bila anda sudah berasa seronok menjalankan perniagaan, ini bererti parti sudah bermula.

Pengajaran 10: Temui pelanggan di mana mereka berada

Kami telah melaburkan banyak masa dan sumber untuk mengkaji apakah sebenarnya yang diperlukan oleh para pedagang di setiap kawasan. Ia bukan tugas yang mudah, tetapi kami sedar bahawa kami tidak mahu membangunkan produk dan menjangkakan orang ramai untuk menyukai sesuatu yang mereka tidak suka atau belum sedia untuk terima. Inilah sebabnya mengapa produk FBS sangat fleksibel dan menawarkan pelbagai tetapan yang boleh dilaraskan. Tidak kira anda berdagang dari mana sekali pun, anda sentiasa akan dapat mengakses sistem pembayaran yang menyenangkan dan syarat-syarat tertentu. Di antara 50 anugerah yang kami telah terima, lebih separuh darinya adalah untuk servis tempatan yang cemerlang di Asia, Timur Tengah, dan Eropah.

Pengajaran 11: Percaya suara hati anda

"Cita-cita kamu itu terlalu besar"

"Tiada orang yang buat begitu"

"Orang-orang takkan mengerti."

Kami telah mendengarnya berulang kali dalam 11 tahun sejarah kami, namun kami telah mengabaikan suara-suara pesimis tersebut jika kami merasakan bahawa kami sedang melakukan perkara yang betul. Seperti mana di Forex, anda tidak boleh bergantung hanya kepada analisis dan angka. Sembilan dari sepuluh kali, suara hati akan membawa anda ke tempat yang betul. Suara hati kami telah membawa kami ke sini:

11.jpg

Pengajaran bonus: Raikan kejayaan!

Kami telah banyak belajar tentang perniagaan dalam tempoh 11 tahun ini, itu benar sekali. Kami telah mengubah hampir semua perkara, tetapi ada satu nilai yang kami pegang walau apa pun yang terjadi.

Komuniti kami adalah prioriti #1 kami.

Jadi kami mahu raikan ulangtahun ke-11 kami bersama mereka yang dekat dengan kami dan melancarkan promo “11 Tahun Berkomitmen”, di mana semua dijamin akan menang di dalam cabutan bertuah. Semua orang dialu-alukan menyertai!

Kami menghadiahkan iPhone, Macbook, Apple Watch, AirPod, pembesar suara JBL, dan sebuah kereta baharu Mercedes-Benz GLA 250 Sport.

Terima kasih kerana bersama kami selama ini, dan selamat datang ke Sambutan Mega!

2.jpg

Baca lebih lanjut

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.