7 cara untuk meranapkan impian anda
Semua orang di sekeliling kita suka bercakap tentang betapa pentingnya mempunyai impian dan memupuk impian tersebut agar ia mekar dan subur. Tetapi memupuk impian sahaja tidak cukup – impian anda perlu berevolusi untuk ia realisasikan di alam nyata. Forex terbentuk dari beberapa impian yang digabungkan: kebebasan, perubahan gaya hidup, peluang untuk hidup dengan cara yang anda mahu.
Tapi kita selalu mencari alasan, atau sebab-sebab yang kukuh, mengapa kita tidak dapat bertindak. Lebih besar suatu impian itu, lebih besar rasa takut yang ia berikan – kata Barbara Sher di dalam buku beliau “Survival Guide for Dreamers”. Di sini kami kumpulkan 7 cara untuk meranapkan impian anda walaupun anda belum bermula lagi – kenali musuh anda, dan cari jalan mengelak perangkap yang anda sendiri pasang secara tidak sengaja!
Saya tidak punyai ijazah
Pasti sekali dalam abad ke-21 pendidikan adalah penting, tetapi dalam Forex ia bukanlah satu halangan. Kebanyakan pedagang profesional yang berjaya tidak mempunyai latarbelakang pendidikan kewangan. Sesetengah dari mereka mendapatkan ijazah hanya selepas mereka berjaya di Forex.
Contohnya, Jesse Livermore, pedagang yang menginspirasikan "trader's bible", tidak pernah mempunyai ijazah dalam Kewangan. Malahan, ketika Jesse berusia 14 tahun bapanya telah mengeluarkan beliau dari sekolah agar beliau boleh mencari duit dengan berkerja di ladang. Jadi setiap sen yang beliau ada adalah berkat dari pembelajaran beliau secara kendiri.
Sudah terlewat untuk mengubah apa-apa
Tidak kira sudah seberapa lanjut usia anda, dalam 10 tahun lagi anda akan menyesal anda tidak mulakannya sekarang. Forex bukanlah tarian ballet atau sukan bola lisut di mana usia menjadi pertimbangan penting. Forex tidak membezakan antara kategori usia – asalkan anda mahukannya dan sanggup berusaha, dunia perdagangan menjadi gelanggang anda.
Kenali Ingeborga Mootz, seorang jutawan berpangkat nenek. Beliau mula berdagang ketika usianya 75 tahun! Sepanjang 8 tahun pertama beliau berdagang, beliau telah beroleh 500,000 EUR. Keindahan Forex adalah anda hanya perlu mencari gaya perdagangan yang serasi dengan anda – seperti apa yang Puan Mootz telah lakukan: beliau tidak menggunakan internet atau gajet, tetapi beliau mahir menggunakan kertas. Jadi bila-bila anda fikir sudah terlalu terlewat untuk anda sertai pasaran, fikirkannya semula!
Saya perlu capai kesempurnaan terlebih dahulu
Ini perangkap yang paling lazim bagi mereka yang suka bertangguh. Kebanyakan dari mereka tidak pernah berjaya memulakannya pun. Ini kerana, secara amnya, kesempurnaan itu mustahil dicapai – anda sentiasa boleh lakukan yang lebih baik, tetapi anda tak akan lakukan sesuatu itu dengan sempurna, itu realitinya. Tambahan lagi – anda tidak boleh lakukan sesuatu dengan lebih baik tanpa berlatih, dan berlatih itu mustahil dilakukan kalau ia mesti sempurna.
Tiada contoh diperlukan: jika anda buka biografi mana-mana pedagang terkenal, anda akan lihat di antara kejayaan-kejayaan besar mereka, tidak pula sedikit bilangan kegagalan mereka. Ikon-ikon dunia perdagangan juga mengalami turun dan naik, dan tiada sesiapa pun yang kata jalan menuju kesempurnaan itu mudah. Apa yang anda boleh lakukan adalah menganggap setiap batu loncatan anda satu pengajaran, bukan alasan untuk berputus asa.
Saya tidak pasti ia apa yang saya mahukan
Anda tidak akan tahu ini, sehinggalah anda mencubanya. Eksperimen mental tidak akan membantu anda mengabsahkan kehendak anda. Anda boleh pelajari Forex dari A hingga Z dan tetap sahaja tidak pernah membuka walau satu pun urusniaga – tetapi ia tidak akan menjadikan anda seorang pedagang, dan ia juga tidak akan membantu anda memutuskan sama ada anda boleh jadi, atau mahu jadi, seorang pedagang.
Mari lihat perkara ini dengan jujur: hanya sedikit sahaja orang yang benar-benar tahu apa yang mereka mahu. Richard Dennis, "The Prince Of Pit", dahulu seorang pelajar falsafah yang agak berjaya. Namun, berdagang kemudian menjadi minat nombor satu beliau: beliau bermula sebagai "runner" di lantai perdagangan (trading floor), dan interaksi pertama beliau dengan pasaran ini meninggalkan kesan besar dalam diri beliau. Jangan pernah takut untuk mencuba!
Ia terlalu sukar
Walaupun Forex mungkin tampak terlalu rumit untuk anda, anda harus melihat impian anda dengan minat dan rasa hormat. Ia mungkin tampak mustahil bagi anda dan persekitaran anda, tapi tiada siapa pun yang benar-benar tahu apa yang boleh dicapai dan apa yang tidak. Percayalah cakap kami – Forex tidak sukar untuk dikuasai.
Sewaktu beliau masih kanak-kanak, Herbie Wertheim bukanlah budak yang paling pintar di kelasnya: beliau menghidapi disleksia, sering ponteng sekolah dan akhirnya menyertai tentera laut. Tetapi itu tidak menghalang beliau. Dari seorang budak yang padanya tidak diletakkan sebarang harapan, beliau menjadi seorang billionaire, pemilik Brain Power inc, dan seorang pelabur yang luar biasa. Baca lebih lanjut kisah hidup beliau.
Ia tidak rasional
Satu tanggapan salah tentang Forex adalah ia seperti berjudi, dan berjudi itu tidak rasional – yang bagusnya Forex tidak ada kena mengena dengan kasino. Hanya logik, angka, dan kebolehan membaca signal-signal pasaran.
"Black swans" di pasaran tampaknya salah satu perkara paling tidak rasional yang pernah wujud: orang ramai di luar pasaran melihatnya seolah-olah ia satu jenaka. Perkara yang paling tidak dijangka berlaku tiba-tiba berlaku? Mana mungkin! Tapi tidak ramai yang tahu, pencipta Black Swans, Nassim Taleb, menyandarkan teori beliau kepada statistik, matematik, dan analisis risiko. Sekarang bunyinya tidaklah tidak rasional, betul? Begitu juga dengan impian anda: anda hanya perlu mencari pendekatan yang betul dan jangan hiraukan tanggapan orang mengenainya.
Saya tidak ada masa
Tidak ada masa untuk impian anda? Benarkan ia benar-benar satu impian? Forex mungkin memakan banyak masa pada peringkat permulaan, tetapi bila anda sudah membuat pelan anda sendiri, anda akan lihat betapa mudahnya untuk anda uruskan masa untuk pendidikan kendiri (self education), mengkaji pasaran, dan berdagang. Tambahan pula, apabila anda sudah menguasai ilmu pasaran, anda akan ada lebih banyak masa lapang.
Kebanyakan pedagang lambat-laun akhirnya beralih menjadi pedagang sepenuh masa. Sesetengah dari mereka memilih untuk melabur sebagai sumber pendapatan pasif. Semuanya sebenarnya berkisar seputar pengurusan masa dan prioriti – pedagang amat tahu akan itu. Perkara terbaik tentang Forex ialah anda boleh suaikan gaya berdagang anda dengan gaya hidup anda dan ini akan menjadikannya opsyen yang terbaik untuk anda dari segi masa serta wang.
Impian dicipta untuk dikejar dan dijadikan realiti. Kini anda tahu apa yang boleh menghalang anda dari mencapai impian Forex anda. Selepas ini jika anda terasa ingin memberikan alasan-alasan tadi, katakan "TIDAK" dengan yakin kepada mana-mana perangkap di atas dan teruskan mara bersama FBS!
Baca lebih lanjut
- 11 Pengajaran Yang Kami Pelajari Selama 11 Tahun Ini
- 4 Aktiviti Harian untuk Pedagang Pemula
- 5 KISAH YANG MEMBERI INSPIRASI BERKAITAN DUIT
- 5 Perkara Yang Hanya Pedagang Saja Yang Faham
- 6 mitos yang paling lazim tentang perdagangan Forex
- 7 Mitos Forex Yang Tersebar Meluas Yang Anda Wajib Berhenti Percayai
- 8 Bulan Untuk Mendapat Pengikut Dan Inspirasi
- 8 Pola Candlestick Bearish Yang Hebat