1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Jantina Bukan Halangan
2024-06-10 • Dikemaskini

Jantina Bukan Halangan

pic1.jpg

Adakah anda berfikiran bahawa pasaran adalah suatu persekitaran yang terlalu sukar untuk wanita? Bila bercakap tentang industri kewangan, adakah anda yakini bahawa seorang wanita tidak layak dianggap sebagai seorang pesaing atau diangkat menjadi seorang contoh tauladan? Adakah anda takut untuk memasuki wilayah "lelaki" atau pernah menggunakan jantina anda sebagai alasan untuk tidak memulakan sesuatu? Dalam semua kes ini, kami mencadangkan agar anda membaca artikel ini. FBS ingin kongsikan kisah wanita-wanita yang ternyata telah mengatasi orang lelaki dalam perdagangan dan membuktikan — jantina bukanlah angkubah yang memberi kesan terhadap kejayaan.

Deena Mehta

Broker saham wanita pertama di India– bunyinya sungguh mengkagumkan, benar? Inilah jolokan yang diperolehi oleh Deena Mehta hasil dari kerja keras bertahun-tahun tanpa mempedulikan stereotaip dan galangan yang melintang.

Dilahirkan pada tahun 1961, Mehta bermula sebagai akauntan bertauliah dan penasihat kewangan. Dalam masa yang sekejap, beliau mulai jelas apakah karier yang sebenarnya cocok buat diri beliau. Pada usia 25 tahun, bersama dengan suaminya, beliau membuka sebuah bisnes ekuiti — firma perbrokeran yang galak berkembang tidak lama kemudian.

Semuanya berlaku dengan rancak dan pantas — di usia semuda 40 tahun, Mehta sudah dilantik menjadi Presiden Bursa Saham Bombay dengan bilangan undi tertinggi di dalam sejarah. Ia telah terjadi pada Hari Wanita Antarabangsa pada tahun 2001, satu kebetulan yang simbolik untuk semua wanita, setuju?

Beliau mengekalkan kedudukannya di Bursa Saham Bombay selama enam tahun. Selepas itu, beliau telah berkhidmat sebagai ahli Persatuan Kapas India, Board of Central Depository Services (India) Limited, dan National Payment Corporation of India. Melihat pada pengalaman beliau selama 30 tahun dalam dunia perbrokeran, ramai yang mengatakan bahawa beliaulah insan yang dinanti-nantikan oleh bursa saham tertua di Asia selama ini. Mehta telah membawakan banyak transformasi fundamental terhadap pasaran ekuiti India, seperti membina sistem BOLT di Bursa Saham Bombay dan Perkhidmatan Depositori Pusat.

Dengan pelbagai anugerah yang diterima beliau di atas sumbangannya dalam industri kewangan, beliau kini berkhidmat sebagai pengarah urusan Asit C Mehta Investment Intermediates — salah satu firma perbrokeran paling terkenal di India. Penerima anugerah Exceptional Woman Achiever (2014) dari Persekutuan Dewan Perdagangan dan Industri India ini cukup merendah diri dan berasa malu hendak menceritakan tentang pencapaian beliau, apatah lagi tentang wang. Namun begitu, tampaknya beliau cukup sukses meraih wang sehinggakan kini beliau dapat tinggal di salah satu perumahan paling mewah di Mumbai Selatan, sering melancong, dan menjadi contoh bagi wanita-wanita di seluruh dunia.

pic2.jpg

Linda Raschke

Nama wanita ini terpahat di dalam sejarah — strategi perdagangan yang dibina oleh Linda Raschke wajib diketahui oleh sesiapa sahaja yang berminat dengan Forex. Di usia awal 20an, beliau telah memulakan karier sebagai ahli Bursa Saham Philadelphia dan Pesisir Pasifik. Tangkas dan pantas menimba pengalaman di pelbagai pasaran yang berbeza, beliau menubuhkan syariakt beliau sendiri iaitu LBR; sepuluh tahun kemudian — firma dana lindung nilai ini menduduki ranking ke-17 dari 4500 untuk prestasi 5 tahun terbaik di dalam Indeks Dana Lindung Nilai Barclay.

Kepelbagaian gaya perdagangan yang dikuasai oleh wanita ini membuatkan ramai terkesima. Namun kepakaran beliau adalah pada perdagangan jangka pendek di niaga hadapan S&P 500. Sepuluh hingga lima belas minit — selesai! Tatkala kebanyakan orang lain masih menimbang-nimbang tindakan yang mahu diambil, beliau menutup satu demi satu dagangan beliau! Apakah rahsia beliau? Teknik perdagangan khas yang diolah dengan bijak dan terbukti sepanjang masa. The Turtle Soup, sistem perdagangan "Anti", Momentum Pinball dan strategi perdagangan 80-20, The Holy Grail... tak mampu kami senaraikan semua. Di antara prinsip-prinsip berguna yang disyorkan oleh Raschke, strategi-strategi yang telah disebutkan tadi telah meninggalkan pengaruh yang besar ke atas pasaran.

Bukan sahaja beliau menggunakan teknik-teknik ini dengan efektif, tetapi beliau telah berkongsi idea dan tips melalui ceramah di 22 buah negara dan buku-buku beliau. Buku-buku tersebut masih menjadi peneman setia di atas meja para pedagang yang mengimpikan prestasi seperti Raschke — meraih setengah juta dolar dalam beberapa minggu!

Kerja keras — berehat juga keras! Beliau menamatkan karier cemerlang beliau dengan persaraan pada tahun 2015. Bagaimana pun, beliau masih berdagang di akaunnya sendiri setiap hari. Di usia 61 tahun?! Ya, benar sekali! Tidak ada yang lain bagi beliau — ia sudah sebati dengan DNA Raschke.

pic3.jpg

Abby Joseph Cohen

Pernahkah anda mendengarkan nama Wall Street? Kami pasti anda pernah. Nah, sesetengah dari anda mungkin pernah terdengar tentang Abby Joseph Cohen — salah seorang pedagang terhebat di zaman kita, mantan ahli ekonomi di Lembaga Rizab Persekutuan, di Washington, kemudian pengarah penasihat dan ketua strategi pelaburan di Goldman Sachs yang terkenal.

Menggabungkan kecintaan beliau terhadap matematik dengan ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam Ekonomi, beliau membina model matematik seolah-olah ia hanya projek Lego yang datang siap dengan panduan langkah demi langkah. Mungkin ia untuk memahami apakah yang perlu dilakukan seterusnya sambil mendapatkan keseronokan dari proses tersebut dan hasilnya. Ia juga memberikan beliau keuntungan dan inspirasi untuk melangkah lebih jauh biarpun perlu berhadapan dengan stereotaip tentang wanita dalam dunia kewangan.

Barangkali tindakan Cohen yang paling menyerlah adalah meramalkan pasaran bullish 1990an yang memberikan beliau kepercayaan para pedagang dari seluruh dunia. Adakalanya ia berlebihan — nama dan ketokohan beliau sungguh besar sehinggakan adakalanya orang menerima kata-kata beliau secara harafiah. Malangnya, hal ini menjejaskan Cohen sendiri. Selain dari semua cabaran yang dihadapi oleh wanita dalam profesyen ini, beliau telah berhadapan dengan beberapa tuduhan bersangkutan ramalan-ramalan beliau. Antaranya adalah kerana tidak dapat meramalkan peristiwa-peristiwa global lain seperti Pasaran Bearish 2008. Walaupun Cohen sering mengatakan bahawa ramalan analisis beliau adalah ramalan jangka pendek, beliau akhirnya digantikan oleh David Kostin sebagai ketua penganalisis "The Firm" (nama yang diberikan oleh para profesional untuk Goldman Sachs).

Kita semua melakukan kesilapan, dan kita semua tahu bahawa "haters gonna hate". Cohen berhak menerima penghormatan dan pengiktirafan kerana telah membantu ramai orang menjadi jutawan, termasuk dirinya sendiri. Seorang "Wall Street shark" dan antara wanita paling berjaya di dunia — tidak ramai orang di dunia ini yang menerima jolokan seperti ini, benar?

pic4.jpg

Kejayaan bergantung kepada kerja keras, kesabaran, kemahiran… Bukan jantina!

Baca lebih lanjut

  • 4215

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera