Bank of America Corp

Bank of America Corp (Saham BAC)

Bank of America salah satu syarikat perkhidmatan kewangan yang paling terkemuka di dunia, yang menawarkan pengguna individu, perniagaan pasaran kecil dan menengah, dan syarikat besar pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan, pelaburan, pengurusan aset, pengurusan risiko, serta pelbagai servis kewangan lain. Bank of America menawarkan sokongan yang terbaik di dalam industri kepada kira-kira 3 juta isi rumah dan perniagaan kecil melalui rangkaian produk dan perkhidmatan dalam talian yang inovatif dan mudah digunakan. Syarikat ini memberikan khidmatnya kepada pelanggan melalui operasi di seluruh Amerika Syarikat, wilayah jajahannya, dan kira-kira 35 negara lain. Saham BAC disenaraikan di Bursa Saham New York. Dalam tempoh 2008-2021 harga saham Bank of America meningkat dari $2.6 kepada $43.

Bagaimana cara membeli saham secara dalam talian dengan FBS?

Anda boleh memperdagangkan kontrak dengan perbezaan (CFD) saham Bank of America. CFD mencerminkan pergerakan harga saham BAC. Ia membolehkan anda berdagang dalam kedua-dua arah. Dengan kata lain, anda boleh meraih keuntungan dari kenaikan harga dan juga dari turunnya harga.

Anda juga boleh menggunakan leveraj. Ini bermakna dengan hanya sejumlah kecil wang anda boleh mengawal posisi kewangan yang jauh lebih besar. Sentiasa ingat bahawa leveraj memberi anda peluang untuk menggandakan akaun anda. Melihat dari sisi negatifnya, anda juga boleh mencatat sejumlah besar kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan arah urusniaga anda.

Apa yang mendorong harga saham Bank of America?

Harga saham Bank of America bergantung pada kemantapan ekonomi secara keseluruhan dan indeks permintaan pengguna. Kebanyakan pelanggan bank ini adalah kelas menengah. Mereka adalah yang pertama merasakan kesan dari krisis kewangan. Sebaik sahaja aliran masuk dana pelanggan menurun dan pusing ganti berkurangan, bank akan kehilangan keuntungan.

Semasa menganalisis nilai saham Bank of America, para pelabur memberi sepenuh perhatian mereka terhadap politik domestik dan antarabangsa, laporan pendapatan, dan perspektif dasar monetari AS.

Undur

2024-05-21 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk bermula dalam perdagangan saham?

    Untuk mula berdagang saham, anda perlu buka akaun MT5, muat turun dan pasang perisian ini, dan log masuk ke akaun anda. Selepas itu, lakukan analisis dan mula jana pendapatan! Baca artikel “Bagaimana cara berdagang saham di FBS

  • Bagaimana cara mencari dan dagangkan saham pertumbuhan?

    Semak prestasi saham ini untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Hati-hati agar perhatian anda tidak terganggu dengan turun naik harga – semua saham memang meruwap. Lihatlah pada trend. Sekiranya anda dapati suatu saham itu mengikuti aliran trend menaik untuk 24 bulan yang terakhir, ia calon yang baik. Anda boleh temui maklumat yang terperinci untuk topik ini di dalam artikel «Bagaimana cara mencari saham pertumbuhan?

  • Bagaimana cara untuk berdagang saham bagi seorang pemula?

    Anda boleh meraih keuntungan dari perdagangan saham walaupun anda seorang newbie. Penganalisis FBS kerap menerbitkan ranking saham-saham berprestasi terbaik bagi bulan terdahulu dan menyenaraikan saham-saham terbaik untuk didagangkan pada bulan semasa. Selain dari itu, anda boleh pantau kalendar acara pasaran saham untuk mencari saham yang berpotensi memberikan keuntungan. Jadi teruskan bersama kami dan cuba untuk meraih keuntungan.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera