-
Bagaimana cara untuk bermula dalam perdagangan saham?
Untuk mula berdagang saham, anda perlu buka akaun MT5, muat turun dan pasang perisian ini, dan log masuk ke akaun anda. Selepas itu, lakukan analisis dan mula jana pendapatan! Baca artikel “Bagaimana cara berdagang saham di FBS”
-
Bagaimana cara mencari dan dagangkan saham pertumbuhan?
Semak prestasi saham ini untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Hati-hati agar perhatian anda tidak terganggu dengan turun naik harga – semua saham memang meruwap. Lihatlah pada trend. Sekiranya anda dapati suatu saham itu mengikuti aliran trend menaik untuk 24 bulan yang terakhir, ia calon yang baik. Anda boleh temui maklumat yang terperinci untuk topik ini di dalam artikel «Bagaimana cara mencari saham pertumbuhan?”
-
Bagaimana cara untuk berdagang saham bagi seorang pemula?
Anda boleh meraih keuntungan dari perdagangan saham walaupun anda seorang newbie. Penganalisis FBS kerap menerbitkan ranking saham-saham berprestasi terbaik bagi bulan terdahulu dan menyenaraikan saham-saham terbaik untuk didagangkan pada bulan semasa. Selain dari itu, anda boleh pantau kalendar acara pasaran saham untuk mencari saham yang berpotensi memberikan keuntungan. Jadi teruskan bersama kami dan cuba untuk meraih keuntungan.
-
Bagaimana cara membuka akaun di FBS?
Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang.
NETFLIX
NETFLIX
Netflix, Inc. adalah syarikat produksi dan platform kandungan Amerika yang ditubuhkan pada tahun 1997 oleh Reed Hastings dan Marc Randolph di Scotts Valley, California. Perniagaan utama syarikat ini adalah perkhidmatan streaming berasaskan langganan yang menawarkan streaming dalam talian dari perpustakaan filem dan siri televisyen, termasuk yang diproduksikan oleh syarikat ini sendiri. Anda boleh semak harga saham Netflix di laman web kami.
Pada 10 Ogos 2021, Netflix mempunyai permodalan bernilai $203 bilion, 209 juta pelanggan, dan lebih daripada 850 karya keluaran sendiri. Pada tahun 2018 sahaja, Netflix telah menghasilkan kandungan sebanyak hampir 90,000 minit atau 1,500 jam. Lebih daripada empat jam penstriman sehari, setiap hari sepanjang tahun, diperlukan untuk menonton kesemuanya.
Sumber: https://theatlas.com/charts/Bk8w1esxE
Bagaimana cara berdagang saham dalam talian dengan FBS?
Anda boleh memperdagangkan kontrak untuk perbezaan (CFD) saham Netflix. CFD mencerminkan pergerakan harga saham NETFLIX. Ia membolehkan anda berdagang dalam kedua-dua arah. Dengan kata lain, anda boleh meraih keuntungan dari kenaikan harga dan juga dari turunnya harga.
Anda juga boleh menggunakan leveraj. Ini bermakna dengan hanya sejumlah kecil wang anda boleh mengawal posisi kewangan yang jauh lebih besar. Sentiasa ingat bahawa leveraj memberi anda peluang untuk menggandakan akaun anda. Melihat dari sisi negatifnya, anda juga boleh mencatat sejumlah besar kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan arah urusniaga anda.
Apa yang mendorong harga saham NETFLIX?
Pandemik telah mewujudkan situasi pasaran yang luar biasa untuk Netflix, dengan pertumbuhan pendapatan yang tidak menentu namun positif. Sepanjang tahun lalu, Netflix mampu mengatasi jangkaan dengan mudah sekali. Walau bagaimanapun, Netflix melaporkan pendapatan Suku Kedua Jun 2021 sebanyak $2.97 sesaham dengan pendapatan sebanyak $7.3 bilion. Anggaran konsensus pendapatannya adalah $3.16 sesaham di atas pendapatan $7.3 bilion. Harga saham mengalami kejatuhan yang ketara selepas laporan tersebut.
Sumber pendapatan utama Netflix adalah langganan pengguna. Walaupun pertumbuhannya lebih perlahan pada tahun 2021, Netflix masih lagi platform streaming yang paling popular di dunia.
Sumber: https://s22.q4cdn.com/959853165/files/doc_financials/2021/q2/FINAL-Q2-21-Shareholder-Letter.pdf
Paid Net Adds – jumlah pengguna, yang telah membeli langganan dalam jangka masa yang dipilih.
Buat masa ini, NETFLIX tidak membayar dividen kepada pelabur, tetapi jika anda ingin mencari syarikat yang membayar dividen, tinjau kalendar dividen kami.
2024-05-21 • Dikemaskini