Tesla

Tesla

Tesla, Inc. merupakan syarikat kenderaan elektrik dan tenaga bersih Amerika. Produk terkini Tesla termasuklah kereta elektrik, storan tenaga bateri daripada rumah kepada skala grid, panel solar, dan panel solar bumbung. Diasakan pada Julai 2003 sebagai Tesla Motors, nama syarikat tersebut adalah sebagai mengenang seorang pencipta dan jurutera elektrik Nikola Tesla. Elon Musk, individu yang menyumbangkan sebahagian besar dana di peringkat awal penubuhan, telah berkhidmat sebagai CEO sejak 2008. Menurut Musk, tujuan Tesla ditubuhkan adalah untuk membantu mempercepatkan peralihan kepada kenderaan dan tenaga lestari, yang dihasilkan melalui kenderaan elektrik dan tenaga solar. Lihat carta live saham Tesla!

Tesla Model S Plaid merupakan salah satu kenderaan elektrik yang dihasilkan secara skala besar dan ia boleh memecut daripada 0 ke 60 mph dengan kurang daripada dua saat (1.98 saat sebenarnya). Dan juga, stesen pengecas terkenal Tesla “Supercharger” boleh memberikan kuasa kepada kereta tersebut untuk 200 batu seterusnya dengan waktu pengecasan lebih kurang 15 minit.

Bagaimana cara berdagang saham dalam talian dengan FBS?

Anda boleh memperdagangkan kontrak dengan perbezaan (CFD) saham Tesla. CFD mencerminkan pergerakan harga saham TSLA. Ia membolehkan anda berdagang dalam kedua-dua arah. Dengan kata lain, jika anda berdagang secara dalam talian dengan FBS, anda boleh meraih keuntungan dari kenaikan harga dan juga dari penurunan harga.

Anda juga boleh menggunakan leveraj. Ini bermakna dengan hanya sejumlah kecil wang anda boleh mengawal posisi kewangan yang jauh lebih besar. Sentiasa ingat bahawa leveraj memberi anda peluang untuk menggandakan akaun anda. Melihat dari sisi negatifnya, anda juga boleh mencatat sejumlah besar kerugian jika pasaran bergerak bertentangan dengan arah urusniaga anda.

Apa yang mendorong harga saham TESLA?

Laporan perolehan Tesla yang terkini menunjukkan sejumlah $1.14 bilion pendapatan bersih bagi suku kedua, keputusan yang melebihi jangkaan penganalisis. Dan juga, Tesla melaporkan perolehan sebanyak $11.69 bilion, kenaikan hampir 100% daripada $6.04 bilion yang dijana pada suku kedua tahun 2020. Laporan tersebut telah melonjakkan harga saham melebihi 2.2% dalam tempoh dua jam perdagangan.

Tesla mempunyai bahagian pasaran (market share) bagi kenderaan penumpang global lebih kurang 1%. Ia hanya pembuat automotif yang kecil. Tetapi permodalan pasaran terkini Tesla ($707 bilion) sudah menyamai gabungan permodalan pasaran ($582 bilion) Toyota (Toyota dan LExus), Volkswagen (VW,Audi, Porsche, dan banyak lagi jenama lain), Daimler, GM, BMW, Honda, dan Ford – sangat menakjubkan, tetapi sedikit menakutkan.

2.jpg

Sumber: https://companiesmarketcap.com/automakers/largest-automakers-by-market-cap/

Ribuan pedagang bearish telah mengalami kerugian kerana ingin melakukan posisi "short" bagi Tesla. "Short-sellers" Tesla telah mengalami kerugian sebanyak $38 bilion "mark-to-market" sepanjang tahun 2020. Ramai pelabur terkenal, seperti Micheal Blurry (individu yang meramalkan krisis 2008) menjangkakan Tesla terlebih beli (overbought) dan akan mengalami kejatuhan yang signifikan.

Pada bulan Februari Tesla telah membeli $1.5 bilion bitcoin dan telah menerimanya sebagai kaedah pembayaran untuk beberapa bulan berikutnya, jadi pada suatu ketika, harga saham Tesla akan cuba bergerak sejajar dengan pergerakan meruwap bitcoin. Pada bulan Jun, Tesla sekali lagi meningkatkan penjualan kenderaan elektrik (EV) merekas ecara signifikan di China, dan mencapai paras tertinggi. Model 3 dan Model Y terjual melebihi 33,000 unit di China atau dieksport. Dan juga, harga Tesla bergantung dengan tenaga hijau dan perundangan kenderaan pandu sendiri. Kesemua faktor ini bergabung dengan laporan perolehan menjadikan pergerakan harga Tesla yang besar. TSLA tersedia di FBS, jadi mula berdagang sekarang!

Buat masa ini, Tesla tidak membayar apa-apa dividen kepada pelabur, tetapi jika anda ingin mencari syarikat yang membayar dividen tersebut, sila semak kalendar dividen kami.

Undur

2023-05-11 • Dikemaskini

Soalan yang lazim ditanya

  • Bagaimana cara untuk bermula dalam perdagangan saham?

    Untuk mula berdagang saham, anda perlu buka akaun MT5, muat turun dan pasang perisian ini, dan log masuk ke akaun anda. Selepas itu, lakukan analisis dan mula jana pendapatan! Baca artikel “Bagaimana cara berdagang saham di FBS

  • Bagaimana cara mencari dan dagangkan saham pertumbuhan?

    Semak prestasi saham ini untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Hati-hati agar perhatian anda tidak terganggu dengan turun naik harga – semua saham memang meruwap. Lihatlah pada trend. Sekiranya anda dapati suatu saham itu mengikuti aliran trend menaik untuk 24 bulan yang terakhir, ia calon yang baik. Anda boleh temui maklumat yang terperinci untuk topik ini di dalam artikel «Bagaimana cara mencari saham pertumbuhan?

  • Bagaimana cara untuk berdagang saham bagi seorang pemula?

    Anda boleh meraih keuntungan dari perdagangan saham walaupun anda seorang newbie. Penganalisis FBS kerap menerbitkan ranking saham-saham berprestasi terbaik bagi bulan terdahulu dan menyenaraikan saham-saham terbaik untuk didagangkan pada bulan semasa. Selain dari itu, anda boleh pantau kalendar acara pasaran saham untuk mencari saham yang berpotensi memberikan keuntungan. Jadi teruskan bersama kami dan cuba untuk meraih keuntungan.

  • Bagaimana cara membuka akaun di FBS?

    Klik butang 'Buka akaun' di laman web kami dan teruskan ke Laman Peribadi. Sebelum anda boleh mula berdagang, lengkapkan dahulu proses pengesahan profil anda. Sahkan alamat emel dan nombor telefon anda, sahkan ID anda. Prosedur ini menjamin keselamatan dana dan identiti anda. Sebaik anda selesai dengan semua prosedur keselamatan ini, pergi ke platform perdagangan yang menjadi pilihan anda, dan mulakan berdagang. 

Deposit dengan sistem pembayaran tempatan anda

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera