ABCD

Baca artikel ini di laman web FBS

ABCD adalah pola harmonik yang asas. Semua pola lain adalah terbitan lanjutan daripadanya. Pola ini mengandungi 3 swing harga. Garisan AB dan CD dipanggil "kaki", sementara garisan BC dirujuk sebagai pembetulan (correction) atau pengunduran (retracement). AB dan CD cenderung untuk mempunyai saiz yang sama.

Pola ABCD yang bullish muncul di penghujung downtrend dan bererti penyongsangan (reversal) ke atas mungkin akan berlaku. Pola ABCD yang bearish terbentuk selepas suatu uptrend dan memberikan isyarat kebarangkalian penyongsangan bearish pada aras tertentu. Peraturan untuk berdagang pola-pola ABCD bullish dan bearish adalah sama, anda perlu ambil kira arah pola yang anda dagangkan dan pergerakan pasaran yang ia ramalkan.

Ada beberapa jenis pola ABCD (semua 3 pola di gambar adalah bullish).

Pada pola klasik, titik C harus berada pada 61.8%-78.6% AB(gunakan perkakas pengunduran Fibonacci pada AB: titik C harus dekat dengan 61.8%). Titik D pula, harus berada pada 127.2%-161.8% pengembangan Fibonacci (Fibonacci expansion) BC.

Perhatikan bahawa pengunduran 61.8% pada titik C cenderung untuk menghasilkan unjuran 161.8% BC, sementara pengunduran 78.6% di titik C akan menjurus kepada pengunjuran (projection) 127%.

Terdapat juga apa yang dipanggil sebagai pola AB=CD. Di sini, CD sama panjang dengan AB. Tambahan lagi, pasaran mengambil masa yang sama untuk bergerak dari A ke B dan C ke D. Natijahnya, AB dan CD mempunyai sudut yang sama. Pola ABCD jenis ini sering dilihat dan popular di kalangan para pedagang.

Jenis ketiga adalah bila mana CD adalah sambungan (extension) 127.2%-161.8% AB. CD boleh jadi 2 kali (atau lebih) lebih besar dari AB. Sebenarnya ada beberapa petunjuk yang boleh memberikan petunjuk bahawa CD akan lebih panjang dari AB. Ia adalah jurang (gap) selepas titik C atau candlestick besar berdekatan titik C.

Bagaimana cara berdagang dengan pola ABCD

Perkara utama yang anda harus ingat adalah anda boleh masuk dagangan hanya selepas harga mencapai titik D.

Kaji carta dengan melihat pada harga tinggi dan rendah. Indikator ZigZag yang menyerlahkan swing-swing harga di carta mungkin boleh membantu (Insert – Indicators – Custom – ZigZag).

Pantau pergerakan harga membentuk AB dan BC. Pada ABCD yang bullish, C haruslah lebih rendah dari A dan harus menjadi harga tinggi yang sederhana (intermediate high) selepas harga rendah (low) di B. Titik D haruslah menjadi harga terendah baru di bawah B.

Bila pasaran itba di satu titik, di mana mungkin terletaknya D, jangan terburu-buru masuk posisi. Gunakan beberapa teknik untuk pastikan harga sudah berpatah balik ke atas (atau ke bawah jika ia adalah ABCD bearish). Senario terbaik adalah pola candlestick pembalikan (reversal candlestick pattern). Pesanan beli boleh dibuat pada atau di atas harga tertinggi kandil di titik D.

Aras ambilan untung

Berikut adalah aras-aras sasaran untuk perdagangan pola ABCD.

TP1: pengunduran 38.2% AD

TP2: pengunduran 61.8% AD

TP3: titik A

Kami mencadangkan anda menggunakan tiga aras ini bersama dengan sokongan dan rintangan yang anda cam pada carta menggunakan pelbagai perkakas analisis teknikal. Jangan lupa untuk melihat pada rangkamasa yang lebih senior bila mencari aras sokongan dan rintangan.

Jika harga bergerak ke TP1 dengan pantas, kebarangkaliannya tinggi ia akan terus menuju ke TP2. Sebaliknya, jika harga bergerak perlahan menuju TP1, ini bererti ia satu-satunya aras TP yang anda akan dapat.

Ada beberapa kes di mana pasaran mengundur selepas pola AB=CD bergerak melepasi titik A.

Sementara untuk Renti Rugi (Stop Loss), tiada cadangan khas. Anda boleh letak Renti Rugi sejajar dengan peraturan pengurusan risiko anda.

Kesimpulan

Anda boleh temui banyak pola ABCD pada satu carta. Peraturan untuk berdagang dengan setiap darinya adalah seperti yang dijelaskan di atas. Pastikan anda tahu bagaimana cara menggunakanperkakas Fibonacci dengan betul dan ikuti semua tips kami.

Mula berdagang

2022-05-17 • Dikemaskini

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.