Bagaimana cara berdagang dengan senggang (gaps)
Senggang (gap) adalah ruang kosong pada carta harga di antara dua kandil yang bersebelahan.
Jurang terbentuk apabila ada jarak di antara harga pembukaan candlestick yang berikutnya dengan harga penutupan candlestick sebelumnya. Ini mungkin berlaku jika tanggapan pasaran tentang harga berubah dengan cepat dan terdapat pusuan masauk pesanan pembukaan urusniaga jual beli secara tiba-tiba. Pada suatu masa, harga penutupan candlestick sudah tidak menarik lagi bagi para pedagang dan harga baru candlestick berikutnya mencerminkan nilai aset (pasangan matawang) dengan lebih baik.
Dalam analisis teknikal Jepun, senggang ini disebut sebagai "tingkap".
Berikut adalah jenis-jenis senggang harga yang utama:
1. Senggang pelolosan (breakaway gaps)
Senggang pelolosan berlaku pada hujung pola harga dan mengisyaratkan permulaan trend yang baru. Senggang seperti itu muncul ketika harga menguji suatu aras di carta – aras sokongan, aras rintangan, garisan trend, saluran trend (trend channel) dll. Harga tiba-tiba membentuk jurang menembusi aras yang sedang diuji dan kemudian memulakan trend baru searah dengan penembusan. Jurang pelolosan ini sangat mudah dikesan di carta. Satu lagi kelebihannya, hanya dengan melihat dan menyedari kewujudan senggang tersebut, pedagang berpeluang untuk menyertai suatu trend yang baru pada peringkat yang paling awal.
Berikut adalah contoh senggang pelolosan pada carta Tesla. Loncatan itu dicetus oleh berita yang mengatakan bahawa Indeks Dow Jones S&P akan menambahkan Tesla ke S&P 500.
Tips: senggang pelolosan sering berlaku selepas suatu berita penting atau penyiaran data ekonomi.
2. Senggang penerusan (continuation gaps)
Senggang Penerusan berlaku di tengah-tengah pola harga dan menandakan terdapatnya pusuan pembeli atau penjual yang berfikir bahawa harga akan terus bergerak dalam arah yang sama. Dalam perkatan lain, jika anda lihat senggang bullish sewaktu uptrend, maka anda sedang melihat senggang penerusan bullish di carta harga. Jika trend adalah bearish dan satu senggang bearish terbentuk, ia adalah senggang penerusan bearish.
Anda boleh lihat contoh senggang penerusan (continuation gap) pada carta Alibaba di bawah.
3. Senggang ketandusan (exhaustion gaps)
Senggang ketandusan terbentuk berdekatan penghujung pola harga dan mengisyaratkan satu percubaan terakhir untuk membentuk aras tinggi atau rendah. Pada waktu ini, golongan pemain pasaran yang terakhir mulai muncul dan menyertai trend dan tidak ada siapa lagi yang menyokong trend ini selepas itu. Akibatnya, senggang ketandusan disusuli oleh penyongsangan aksi harga. Ada kemungkinan pedagang tersalah cam senggang ketandusan, dan fikir bahawa ia senggang penerusan. Untuk membezakan antara kedua-dua jenis senggang ini dengan tepat, perhatikan ukuran candlestick: jika pasangan matawang sangat meruap, candlestick pada carta bersaiz besar dan harga membuat beberapa pergerakan yang menyentak (jerking moves), ia mungkin senggang ketandusan.
Pada carta Facebook, anda boleh lihat senggang ketandusan (exhaustion gap). Selepas membuat lonjakan yang terakhir, tidak ada siapa lagi yang mahu menyokong penerusan uptrend, dan saham ini pun menyongsang arah ke bawah.
Selain jenis senggang yang telah disebutkan di atas, terdapat juga senggang biasa. Dengan istilah ini, kami maksudkan jurang yang tidak terkait dengan pola harga dan hanya mewakili kawasan di mana harga telah membentuk jurang.
Senggang hujung minggu (weekend gaps)
Jenis senggang yang spesifik yang berlaku selepas hujung minggu. Seperti yang anda ketahui, pasaran Forex tidak begitu aktif pada hari Sabtu dan Ahad, oleh itu perdagangan matawang utama berakhir pada hari Jumaat dan bermula pada malam Ahad bila sesi perdagangan Asia Pasifik mula dibuka. Namun, peristiwa-peristiwa penting boleh terjadi ketika pasaran tidak bergerak. Berita itu boleh terdiri dari banyak perkara, dari pengumuman politik dan wawancara hingga bencana alam. Kesannya, sejumlah besar pesanan perdagangan terkumpul sebelum pasaran dibuka lagi. Pesanan-pesanan ini belum menerima pesanan balas. Oleh kerana tidak ada permintaan/penawaran, pemain pasaran harus membuka posisi untuk harga yang lebih tinggi/lebih rendah daripada harga yang dilihat pada malam hari Jumaat. Anda boleh mengesan senggang mingguan dengan mudah pada rangka masa M1-H4. Kadang kala, bila ada berita yang besar pada hujung minggu, senggang pembukaan sangat lebar sekali.
Mula berdagang2022-10-10 • Dikemaskini
Artikel-artikel lain di bahagian ini
- Struktur Sebuah Robot Perdagangan
- Membina Robot Perdagangan Tanpa Pengaturcaraan
- Bagaimana Cara Menggunakan Robot Perdagangan di MetaTrader 5?
- Perdagangan algoritma: apakah ia?
- Garis panduan Alternasi
- Apakah itu segitiga?
- Pola Double Three dan Triple Three
- Double Zigzag
- Pola ZigZag dan Flat dalam Perdagangan
- Pemangkasan dalam Teori Elliott Wave
- Ichimoku
- Pola Pepenjuru Penamat
- Pola Leading Diagonal
- Pola Gelombang Wolfe (Wolfe Waves)
- Pola Three Drives
- Shark
- Butterfly
- Crab
- Bat (Kelawar)
- Gartley
- ABCD
- Pola Harmonik
- Gelombang motif dan pembetulan. Darjah gelombang
- Pengenalan kepada Teori Elliott Wave
- Cara-cara berdagang dengan breakout
- Berdagang sempena berita Forex
- Bagaimana caranya memasang pesanan Ambilan Untung (Take Profit)?
- Pengurusan risiko
- Bagaimanakah caranya memasang pesanan Renti Rugi (Stop Loss)?
- Indikator Teknikal: Memperdagangkan Capahan (Divergence)