Robot Forex: siapa, bagaimana, untuk apa?
Era mesin sudah tiba. Walaupun kita belum lagi sampai ke situasi "the rise of the machines", tetapi beberapa baris kod sudah pun memberikan impak serius terhadap hampir setiap aspek kehidupan kita. Forex juga tidak terkecuali. Adakah anda sudah bersedia untuk mengetahui bagaimana kepintaran buatan boleh mengubah kehidupan anda? Baca penjelasan dan penerangan kami tentang robot Forex.
Apakah itu Robot Forex yang sebenarnya?
Jangan bimbang, ia bukanlah seperti Terminator yang duduk di hadapan laptop anda. Robot Forex adalah perisian, sebuah program, yang ditulis berdasarkan kepada satu-satu strategi perdagangan. Ia menggunakan signal-signal teknikal untuk masuk posisi, ketika pedagangnya sedang tidur nyenyak. Bergantung kepada indikator-indikator tertentu dan tetapan awalannya, program ini mampu membantu seseorang pedagang itu berprestasi lebih baik atau malah berdagang sepenuhnya secara automatik.
Berdagang secara automatik? Maksudnya, kita tidak perlu lakukan apa-apa?
Sebenarnya, anda boleh gunakan robot sama ada untuk berdagang secara separa automatik atau automatik sepenuhnya. Kedua-dua opsyen mempunyai kelebihan. Robot yang pintar menganalisa pola pasaran dan kemungkinan berpatah arah, membaca signal dan indikator tertentu – sesetengah pedagang memilih untuk meletakkan seluruh proses perdagangan di bahu kod komputer dengan tetapan keutamaan. Namun sesetengah pedagang lebih gemar untuk mengambil bahagian di dalam proses perdagangan dan mempercayai robot dengan hanya sebahagian operasi perdagangan. Oleh kerana robot itu pintar tetapi tetap sahaja ianya hanyalah sejujuk kod komputer, sesetengah pedagang lebih gemar mengoperasikannya dengan dipantau rapi.
Baik, apakah kelebihan menggunakan robot?
Kelebihan jelas pada penggunakan robot Forex adalah jumlah masa "lapang" yang anda raih sebagai pedagang. Robot menganalisa pasaran dan membuka pesanan 24 jam sehari. Robot memproses signal untuk membuka atau menutup pesanan dalam masa yang sangat singkat, yang mana ini tidak mampu dilakukan oleh mana-mana profesional. Banyak dari kalangan robot yang bagus mempunyai ciri pengurusan risiko terbina pada kodnya dan ini amat kritikal sekali, jadi bila anda berdagang dengan robot yang baik, anda lebih terpelihara dari kehilangan deposit anda dek kerana emosi. Satu lagi kelebihan besar robot adalah betapa ia membantu mengurangkan tekanan psikologi: yang menyaksikan turun naik harga di carta bukan lagi sang pedagang, tetapi hanyalah sebuah mesin.
Jadi robot sentiasa betul? Apa kelemahannya?
Robot berkerja berdasarkan kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Di dalam kerangka tetapan dan indikator-indikator yang dikamirkan dengannya, mereka sentiasa betul. namun, mereka tidak mampu untuk menyesuaikan diri dengan situasi yang berubah pantas di pasaran, tanpa bantuan luar. Robot pintar, tetapi ia hanyalah program, yang perlu kita reset dan kemaskini dari masa ke semasa. Jadi, bila pasaran berubah melampaui kerangka tetapan awalan suatu robot, pedagang perlu memperbetulkan tetapan program dan adakalanya menulis semula atau membuat penambahan kepada kod asal. Realiti bahawa robot perlu dikemaskini sejajar dengan situasi pasaran mungkin menjadi kelemahan serius di mata sesetengah orang.
Robot tampak seperti berguna, tetapi ia sangat lain!
Benar sekali. Robot perdagangan, seperti perisian lain, boleh dijual dengan konfigurasi berbeza-beza. Pastikan bila anda membeli suatu robot, anda mendapat manual atau apa-apa bentuk bantuan untuk memasangnya – jika tidak, ia tidak bernilai, hanyalah sejujuk kod. Lebih mendalam penjelasan manual dan lebih banyak pilihan untuk tetapan penyesuaian, ia lebih baik – itu bermakna anda dapat melihat cara kerja dalamannya dan berpeluang untuk menyesuaikannya untuk agenda anda. Tambahan lagi, jika anda sanggup untuk berusaha lebih, anda boleh menulis robot anda sendiri: dengan cara begitu ia "fully customized" untuk anda dan pasti lebih cocok dengan sasaran perdagangan anda sebaik yang mungkin.
Saya sudah mulai mengerti. Bagaimana caranya untuk saya memilih robot yang baik?
Untuk memilih robot perdagangan yang betul, pertama sekalia anda perlu putuskan tentang strategi yang berkesan dan sentiasa berpegang kepadanya. Jangan terpedaya dengan peratusan pulangan yang besar – ia mungkin hasil dari tetapan agresif robot, dan di masa hadapan, ia boleh membuatkan deposit anda tidak selamat. Ikut strategi perdagangan yang anda percayai, jika tidak robot boleh mengecewakan anda dengan mudah. Ada banyak nasihat berkaitan pemilihan robot "terpilih", tetapi ingatlah – satu-satunya cara untuk melihat jika robot itu berkerja dengan betul dan baik, adalah dengan menguji.
Menguji? Apa maksud anda?
Sebaik sahaja suatu robot itu sudah dipasang, ia harus diuji. Ramai orang menguji robot mereka di akaun demo, tetapi ada beberapa sebab yang serius untuk tidak melakukan ini. Akaun-akaun demo membebaskan pedagang dari tekanan psikologi, kerana mengetahui anda tidak beroperasi dengan wang sebenar memberikan lebih keberanian untuk membuat keputusan. Jika anda sedang menguji suatu robot, faktor psikologi stres pasaran sebenar harus dimasukkan ke dalam pertimbangan. Sebab kedua untuk menguji di akaun sebenar, akaun demo biasanya tidak mengambil kira faktor seperti spread, tidak menghadapi masalah perlaksanaan pesanan (order execution) dan ia terlalu sempurna untuk mengajarkan robot cara-cara mengelak perangkap-perangkap pasaran (market traps). Jadi, bila anda menguji robot anda, lakukan di akaun real dari jenis yang anda mahu gunakan nanti.
Dan jenis akaun apakah yang paling sesuai untuk berdagang dengan robot?
Anda boleh gunakan robot dengan sebarang jenis akaun. Sesetengah orang gemar untuk memasang robot pada akaun Micro dan Cent. Sesetengah orang menggunakan akaun Standard atau ECN- untuk posisi jangka masa panjang. Pilihan akaun di tangan anda – sesuaikan dengan matlamat, perancangan, dan tahap pengautomasian anda.
Ada cadangan yang terakhir?
Ingatlah, robot bukanlah suatu kepintaran buatan sakti yang akan membuatkan anda kaya raya dalam sesaat. Kebanyakan robot yang sedia ada adalah terlalu mudah dan tidak cukup ketepatan untuk berfungsi dengan baik melainkan anda lakukan ubah suai untuk signal tertentu yang anda perlukan. Untuk melakukan itu, anda memerlukan pengalaman berdagang agar dapat mengajarkan mesin cara-cara berdagang bagi pihak anda.
Baca lebih lanjut
- Ingeborga Mootz adalah bintang paling menyinar di dunia Forex yang anda boleh temui online.
- Pedagang Forex? Hebat bunyinya
- Bagaimana alternatif kepada Forex Factory yang ditawarkan oleh FBS boleh memberikan anda pengalaman berdagang yang lebih baik
- Setinggi manakah keuntungan yang boleh dibuat dengan Forex
- Pelajari tentang pasaran Forex, ciri-ciri terasny dan tip-tip berguna untuk memulakannya
- Mari kita selidik, siapakah Sifu Forex sebenar dan di mana boleh kita temui beliau?