Bagaimanakah cara menakluk rasa takut dalam perdagangan Forex?

Baca artikel ini di laman web FBS

Takut adakan satu emosi yang dialami manusia secara semulajadi dalam hidup mereka. Oleh kerana Forex adalah satu bisnes yang berisiko, ramai pedagang, baik yang berpengalaman mahu pun yang baru bermula, perlu menangani perasaan takut dalam perdagangan.

1.jpg

Bolehkah anda hapuskan emosi ini dan menjadi seorang pedagang yang langsung tidak berasa takut? Hampir mustahil. Namun pasti ada cara untuk meminimumkan ketakutan dan menjadi lebih rentan terhadapnya. Ketakutkan itu sendiri tidak seburuk impak yang diberi olehnya ke atas para pedagang: ketakutan melumpuhkan sesetengah pedagang, mencacatkan minda yang tajam dan mempengaruhi keputusan. Tetapi bila anda sudah berjaya mengawal ketakutkan anda, anda membuka pintu ke aras baru di pasaran yang menawarkan lebih banyak peluang.

Ada beberapa ketakutan berkaitan perdagang yang semua orang pasti akan atau pernah lalui semasa berdagang. Mari kita lihat apa yang boleh kita lakukan untuk dua ketakutan yang paling lazim bagi pemula baru.

Takut rugi

Tiada siapa yang suka kerugian. Itu fakta yang nyata. Sungguh begitu, kerugian adalah sebahagian dari asam garam dunia Forex, dan jika kita tidak dapat hapuskan perkara ini, kita boleh ubah pendekatan kita mengenainya.

2.jpg

Berhati-hati itu penting, tetapi cuba untuk mengelak semua situasi berisiko kerana ketakutkan bererti terlepas terlalu banyak peluang untuk menang. Ketakutan, percaya atau tidak, adalah sebahagian dari hidup seorang pedagang, selain dari mengambil risiko dan berfikir dengan jelas bila membuat keputusan yang sukar. Jadi apa yang boleh dilakukan?

1. Jangan ambil risiko di luar kemampuan anda

Itu logik-logik sahaja, bukan? Kecilkan saiz lot anda ke satu saiz yang anda selesa dagangkan. Ini tidak bermakna anda perlu berdagang $10 yang sama berulang-ulang kali – hanya pastikan anda tidak naikkan amaun yang ditaruhkan sehingga tidak dapat tidur malam.

2. Jangan buka terlalu banyak pesanan dalam satu masa

Terutama sekali bila anda masih di peringkat permulaan kembara pasaran anda. Lebih banyak pesanan yang dibuka, lebih sukar untuk anda pantau kesemuanya sekali. Ini boleh meningkatkan keresahan. Bilangan posisi yang kecil membantu anda fokus dengan lebih mudah. Tonton video yang menjelaskan tentang saiz posisi dan asas pengurusan risiko untuk membina keyakinan anda! Seandainya anda ingin menyelami lebih dalam pengurusan risiko untuk memastikan anda dapat melindungi dana anda sebaik mungkin, baca tentang perdagangan yang terkawal di dalam Buku Panduan Forex kami.

3. Takrifkan satu pelan perdagangan dan patuhinya. Latih diri anda untuk berdagang dengan salah satu indikator klasik Forex

Pelan perdagangan adalah satu lagi langkah yang perlu. Ia haruslah jelas; ia harus sesuai dengan anda; ia harus dipatuhi dengan tegas. Itulah sahaja yang anda perlukan. Jika anda mempunyai idea yang sangat jelas dan tertakrif tentang bila anda boleh masuk dan keluar suatu posisi, lebih mudah untuk anda atasi rasa takut terbuat silap.

4. Adakan satu jurnal (diari) perdagangan dan pastikan ia dianalisa

Pastikan anda menyimpan rekod transaksi anda di dalam satu jurnal perdagangan. Kegunaan jurnal perdagangan adalah untuk membina keyakinan ke atas sistem perdagangan anda. Bila anda berdagang dengan yakin, anda mampu untuk berdagang dengan objektif. Bila anda semak nota anda tentang setup dagangan, kemasukan dan keluar posisi, emosi anda, anda boleh analisa strategi anda dan situasi fikiran anda. Selain dari itu, ia membantu anda menguruskan emosi dan tindakan anda di pasaran.

Takut dengan akaun sebenar (live account)

3.jpg

Ketakutan ini timbul sebagai lanjutan dari yang sebelumnya: bila seorang pedagang baru mula berfikir untuk bertukar dari akaun demo ke akaun sebenar (real account), ini mendatangkan rasa takut "bagaimana jika saya gagal". Akaun demo bagus untuk berlatih dan mengenal pasaran serta sistem. Tapi kita harus realistik – ia tidak sama seperti berdagang dengan wang sebenar.

Kebarangkalian merisikokan duit mendatangkan rasa stres, jadi anda harus tahu cara-cara menangani emosi anda dan cara mengatasi ketakutan anda untuk terus memastikan keputusan berdagang anda dibuat secara terkawal. Di sini ada beberapa petua:

1. Buka akaun Cent

Ya, akaun Cent tidak akan menjadikan anda seorang jutawan dalam semalaman, tetapi ia pasti membantu membuatkan anda rasa bertanggungjawab terhadap wang anda sendiri – dan dalam masa yang sama "membasahkan kaki" anda. Jika anda rasa gemuruh, cuba bermula dengan $50, berbanding terus melaburkan $1,000. Yang pentiung bukan amaun dana, tetapi hasilnya, jadi jika anda tidak boleh berdagang dengan konsisten dengan $50, anda tidak akan dapat melakukannya dengan $5,000. Jadi jika rasa takut muncul, lakukan beberapa perubahan dan lihat jika ia membantu. Risiko yang lebih rendah akan membantu anda menilai strategi dengan lebih jelas, dan mengeluarkan keuntungan – walaupun sedikit – mampu menaikkan semangat anda.

2. LAKUKAN SAHAJA

Secara asasnya, jika kita melihatnya dari satu sudut, Forex itu sebenarnya tentang mengatasi rasa takut anda sendiri. Adakalanya ia menuntut keputusan yang berani dari kita. Orang yang tak pernah melakukan kesilapan adalah orang yang tidak pernah mencuba apa-apa. Jadi berikan diri anda sedikit kredit. Pasaran mungkin satu dunia yang anda belum terokai dengan cukup menyuluruh, tapi itu bermakna anda ada masih banyak lagi yang boleh anda temui di hadapan anda! Mulakan dengan amaun yang kecil, jangan terburu-buru, tapi ambillah langkah kecil, setapak demi setapak sehingga anda menjadi seorang "master trader".

Jadi hero anda sendiri

4.jpg

Kemenangan, walaupun kecil, tetap sahaja ia kemenangan, dan beberapa perubahan kecil mampu membawa kita kepada hasil yang besar. Langkah pertama untuk mengatasi ketakutan anda adalah dengan merasionalkannya: putuskan tentang strategi perdagangan anda, strategi yang sesuai yang dengan personaliti anda, gaya hidup, jadual masa, dan lain-lain faktor penting. Patuh dengan strategi anda, dan sentiasa simpan jejak langkah anda (keep track) untuk pastikan anda boleh mengimbau semula dan belajar dari kejayaan dan kesilapan anda, bukannya takut dengan kedua-duanya. Ingat apa tujuan asal anda berdagang – dan nekadkan diri!

Hadapi ketakutan anda dan ubahnya menjadi satu peluang

Berdagang sekarang!

Baca lebih lanjut

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.