FBS Markets Inc.

Permainan video vs Perdagangan Forex

Baca artikel ini di laman web FBS

Kami sedang memikirkan apa yang boleh kami tampilkan di dalam blog kami bila salah seorang pengaturcara kami mencadangkan agar kami berehat seketika dan mainkan pertempuran pendek di League of Legends. Bukanlah susah sangat pun, betul? Mengalah setelah 20 minit kerana kami sudah tidak bermain selama beberapa bulan dan tidak membaca nota kemaskini versi terbaru, membuktikan ia tidak juga terlalu mudah. Dalam masa yang sama penganalisa kami telah berdagang dan berjaya meraih beberapa dolar ketika kami leka bermain.

Ya begitulah kami, kalah dan kecewa dan dia pula boleh senyum kepada kami dengan rasa puas atas pencapaiannya. Kami memutuskan untuk duduk dan fikirkan apakah persamaan yang dikongsi antara peradagangn dan permainan video, serta apakah pro dan kontra kedua-duanya. Apa lagi yang boleh dilakukan setelah kecundang, melainkan menganalisa di manakah kesilapan beliau? 

Ia terlalu rumit

Yang manakah yang lebih mudah, bermain permainan video atau berdagang di Forex? Soalan ini tampak mudah jadi anda mungkin curiga kalau jawapannya jenis yang berhelah. dan anda mungkin betul. Permainan video kelihatan seperti lebih mudah dimahiri, kerana pembina permainan video telah melakukan banyak usaha untuk menjadikannya lebih mesra pengguna. Namun yang tampak mudah itu sebenarnya mengelirukan, kebanyakan permainan direka agar "mudah dipelajari tetapi sukar dikuasai". Para pembuat permainan video hanya akan membuat keuntungan bila mereka boleh mengumpan anda masuk perangkap di mana anda akan menghabiskan masa dan wang, tetapi ada waktu-waktunya tidak mendapat keseronokan yang dijanjikan. 

 blogs.jpg

(Permainan video adalah mudah – World of Warcraft, screenshot serangan dari pemain yang tidak dikenali)

Berdagang di Forex pula adalah sebaliknya – jika anda berdagang dengan broker yang dipercayai, ia membuat keuntungan bila anda berdagang. Oleh kerana orang ramai ambil berat tentang pelaburan mereka, mereka tidak akan terus berdagang jika mereka kerugian. Itulah sebabnya mengapa broker yang bagus menyediakan pendidikan, tips, berita, analitik dan banyak lagi perkara lain yang membantu anda membuat keuntungan.  

Permainan video pula tidaklah begitu buruk, ia direka bentuk supaya bagus dan kerana itu kita sukakannya. Sebahagian besar permainan yang paling mengasyikkan seringkali adalah yang paling sukar. Pemain biasanya membaca banyak manual, strategi, taktik dan habiskan banyak masa berlatih, walhal mereka tidak dibayar pun untuk melakukan itu semua. Ia bagus sekali jika anda suka dicabar. Ini suatu sifat yang jarang ditemui dan bermakna anda mempunyai peluang besar untuk berjaya jika anda kendalikannya ke saluran yang betul. Namun ada sesetengah permainan hanya mencabar anda untuk memberikan ganjaran yang kecil, atau hanya sekadar janji untuk ganjaran.

Jika anda habiskan masa pada permainan video, membaca panduan dan mempelajari taktik, anda harus tahu bahawa kerja yang sebegitu renyah seharusnya mendatangkan wang sebenar, atau cukup untuk mulakan perniagaan sendiri. 

Ia membuatkan anda tampak 'cool'

Jika anda mahu meniup rasa kagum ke dalam diri seorang gadis, apa yang anda akan katakan, tentang anda sukakan permainan video atau tentang bagaimana anda suka membaca berita ekonomi dan analitik kewangan?

Akhirnya dia mungkin menyukai anda kerana personaliti anda sendiri, tapi sejujurnya orang ramai menghormati dunia kewangan, ia rumit untuk mereka dan berprestij. 

Anda mungkin boleh membuat seseorang kagum dengan kisah pertarungan Overwatch melawan rakan anda, tetapi ia tidak mempunyai kesan yang sama seperti memberitahu bahawa anda telah membuat wang dengan membuat ramalan Purata Bergerak jangka pendek dengan tepat untuk EUR/USD. Dan ia lebih mudah untuk dikuasai dari yang difikirkan. 

Orang mempunyai rasa hormat kepada hal-hal kewangan yang rumit dan mereka tidak fahami. Namun yang lebih penting, kebolehan anda membuat wang hanya dengan ilmu itulah yang membuatkan mereka mengerumuni anda dan meminta nasihat kewangan dari anda. Di situlah gunanya link rakaniaga anda, jika anda mempunyainya.    

Anda akan mendapat ilmu yang berguna

Terdapat satu kes di mana seorang budak lelaki berusia 12 tahun telah menyelamatkan adik perempuan dan dirinya sendiri juga dari seekor moose yang mengamuk dengan menggunakan kemahiran yang beliau pelajari dari WoW. Namun selain dari itu, permainan video mengajarkan anda perkara yang berguna hanya di dalam permainan video sahaja.

Perdagangan Forex pula mengajarkan anda untuk menganlisa dan menapis data dengan cermat, sentiasa awas dengan berita global dan politik, mengira risiko, menguruskan kewangan, dan banyak lagi. Anda boleh sahaja letakkan itu semua di dalam resume anda. Bolehkah anda buat perkara yang sama dengan ranking anda di dalam LoL? 

Ada banyak panduan untuk permainan video yang sangat menyeluruh, ditulis dengan baik, kompleks, dan penuh wawasan sehingga boleh dibandingkan dengan kertas kerja saintifik terbaik dari universiti ternama. Bayangkan apa yang orang-orang ini mampu capai dengan kemahiran mereka untuk menghasilkan keuntungan yang sebenar? 

 4aae76d9.png

Jika anda telah terlanjur terjun ke dunia pendidikan kewangan, bersedialah untuk menghadapi dunia duit yang serba baru untuk anda. Mereka yang bercita-cita besar boleh pergi jauh menggunakan pengetahuan ini. Pernahkah anda mendengar tentang permainan video kegemaran George Soros? Tidak, sebab perkara sebegitu memang tidak wujud. Tiada permainan video yang akan mengajarkan anda bagaimana cara untuk menjadi jutawan, tetapi mempelajari kewangan adalah satu permulaan yang baik.

Kesimpulan

Kita menggemari permainan video bukan kerana ia berguna, tetapi kerana ia menyeronokkan. Kerana itulah ianya penting untuk sentiasa mengingatkan diri anda bahawa masa itu terhad dan anda tidak akan mencapai kejayaan dengan bermain. Jika anda perasan pengalaman bermain anda mula bersifat seperti satu pekerjaan, lebih baik jika anda mula habiskan masa pada sesuatu yang akhirnya akan memberikan anda wang.

Perdagangan Forex dan permainan video ada banyak persamaan: kedua-dua Forex dan permainan video mempunyai pemain terbaik, panduan, strategi dan pertandingan. Pemain-pemain berpengalaman mungkin mendapat keputusan yang lebih baik dalam perdagangan, di mana kemahiran juga diperlukan untuk bermain permainan tertentu. 

Apa pendapat anda, apa lagi persamaan yang ada pada perdagangan dan permainan? Atau mungkin anda ada kisah untuk diberitahu tentang pengalaman berdagang anda, atau permainan video kegemaran anda. Beritahu kami apa yang anda fikirkan di dalam ruang komen di bawah.

Baca lebih lanjut