Pelajaran 10. Pengiraan nilai pip
Untuk mengira nilai satu pip pada suatu pasangan matawang, anda perlu darabkan volum dagangan anda dengan satu pip di dalam bentuk perpuluhan (0.0001 atau 0.01) kemudian bahagikannya dengan kadar tukaran semasa matawang sebutharga kepada US Dollar.
Lot disebut dalam bilangan unit matawang asas.
Anda perlu ingat bahawa Dollar AS adalah matawang sebutharga bagi kebanyakan pasangan (EUR/USD, GBP/USD, dsb.). Itu bermakna kadar tukaran matawang sebutharga tersebut dengan USD bersamaan dengan 1.
Untuk pasangan seumpama itu, 1 pip sentiasa bernilai $10 bila kita dagangkan kontrak 100,000 unit, atau 1 lot standard.
Untuk pasangan di mana Dollar AS adalah matawang asas (USD/CHF, USD/CAD), nilai pip bergantung kepada kadar tukaran.