Strategi Perdagangan Swing 2022
Apakah itu perdagangan swing?
Dalam dunia perdagangan, terdapat pelbagai jenis pendekatan perdagangan yang membantu pedagang membuat keuntungan sebanyak yang mungkin dalam situasi tertentu. Perdagangan swing salah satu daripada pendekatan ini.
Perdagangan swing merujuk kepada pendekatan memasuki posisi dan mengekalkannya terus aktif selama beberapa hari atau bahkan minggu. Pedagang swing menyasarkan untuk meraih keuntungan daripada perubahan harga di pasaran dalam tempoh yang sederhana. Perdagangan jenis ini memerlukan penggunaan analisis teknikal kerana pedagang berkenaan harus berupaya meramalkan ke arah mana pasaran akan bergerak seterusnya, dan sama sekarang adalah masa yang lebih menguntungkan untuk membuka posisi.
Contoh perdagangan swing di pasaran saham
Biasanya, pedagang swing menganalisis carta harga semasa untuk mencari tanda-tanda jika pergerakan harga akan berpatah arah. Carta ini menunjukkan bagaimana pedagang boleh menggunakan pengunduran Fibonacci (Fibonacci retracement) dalam perdagangan swing. Seperti yang anda lihat, sebelum masuk berdagang, pedagang melukiskan beberapa garisan sejajar dengan nisbah Fibonacci klasik dan membuka urusniaga beli pada garisan 38.2%. Berdasarkan pola yang sama, pedagang menjangkakan uptrend akan berlanjutan ke aras harga tertinggi sebelum ini dan merancang untuk keluar dari posisi perdagangan di aras itu, dengan meletakkan Renti Rugi (SL, Stop Loss) sedikit lebih rendah di bawah garisan harga pembukaan untuk meminimumkan risiko kerugian. Ini adalah contoh yang baik untuk perdagangan swing yang tipikal.
Perdagangan swing vs perdagangan intrahari
Walaupun dalam perdagangan swing posisi dibuka selama beberapa hari atau minggu, ia sebenarnya bukanlah perdagangan jenis jangka panjang. Oleh sebab itu, perdagangan jenis ini sering dibandingkan dengan perdagangan intrahari dan jenis perdagangan jangka pendek yang lain.
Perdagangan intrahari bermaksud mengekalkan posisi agar terus aktif kurang daripada satu hari. Sesetengah posisi mempunyai tempoh hayat tidak lebih daripada beberapa minit. Pedagang intrahari biasanya membuat banyak urusniaga dalam satu hari, menganalisis pergerakan harga dalam tempoh yang sangat singkat. Mereka tidak menyasarkan keuntungan yang besar untuk setiap urusniaga. Sebaliknya, matlamat mereka adalah untuk membuat banyak urusniaga kecil yang menguntungkan untuk mencapai sasaran keuntungan mereka, pada setiap hari. Pedagang intrahari biasanya pedagang sepenuh masa yang boleh mendedikasikan beberapa jam setiap hari untuk berdagang dan menganalisis pasaran.
Perdagangan swing, sebaliknya, sama sekali berbeza. Memang benar bahawa pedagang swing juga menganalisis pasaran, tetapi mereka bergantung pada pola carta harga untuk mendapatkan keuntungan daripada trend pergerakan harga yang baharu bermula. Mereka menggabungkan analisis fundamental dan teknikal dalam perdagangan dan secara amnya mencari peluang berurusniaga yang menawarkan potensi keuntungan yang maksimum dalam tempoh yang sesingkat mungkin. Pedagang swing memang menanggung risiko yang lebih tinggi daripada pedagang harian, tetapi keuntungan yang mereka peroleh daripadanya juga agak tinggi. Ia juga sesuai untuk pedagang yang berkerja sepenuh masa dan hanya boleh mengkhususkan tidak banyak masa untuk berdagang.
Lima strategi untuk perdagangan swing di pasaran saham
Perdagangan swing membolehkan pedagang menggunakan pelbagai strategi dan teknik untuk memaksimumkan keuntungan akhir. Terdapat juga beberapa strategi yang boleh digunakan oleh pedagang swing apabila mencari posisi yang berpotensi untuk dibuka. Hari ini kita akan melihat 5 strategi perdagangan swing yang popular dan menerangkan bagaimana menggunakannya dengan cara yang tepat boleh membantu anda.
Pengunduran Fibonacci
Strategi perdagangan ini menggunakan pola yang dikenali sebagai alat pengunduran Fibonacci (Fibonacci retracement tool). Instrumen ini boleh membantu pedagang swing mengenal pasti aras harga di mana penyongsangan pergerakan harga berpotensi untuk berlaku. Seperti yang diketahui umum, trend tidak naik atau turun dengan lurus; harga cenderung untuk mengundur semula sebelum meneruskan semula arah trend utama. Menurut pola pengunduran Fibonacci, garisan-garisan yang dibina pada nisbah 23.6%, 38.2%, 50% dan 61.8% menunjukkan zon di mana penyongsangan berpotensi terjadi. Pedagang boleh menggunakan garisan-garisan ini sebagai aras sokongan dan rintangan dan merancang strategi perdagangan mereka di sekitar garisan tersebut.
Pencetus sokongan dan rintangan
Terdapat banyak perkara yang perlu dicari semasa menganalisis carta harga. Salah satunya ialah garisan sokongan dan rintangan. Garisan ini menunjukkan dengan tepat bila harga cenderung untuk menukar arah pergerakannya. Garis sokongan menunjukkan julat harga pada carta di bawah harga pasaran semasa, di mana para pembeli mengambil alih pasaran dan harga mula naik selepas suatu downtrend (trend menurun). Garis rintangan, sebaliknya, menunjukkan julat harga di atas harga pasaran semasa di mana uptrend biasanya terhenti dan penjual mengambil alih penguasaan di pasaran.
Garisan ini boleh membantu pedagang swing membina strategi perdagangan yang kukuh. Strategi pertama mereka adalah untuk membeli apabila harga melantun dari garis sokongan dan meletakkan Renti Rugi (Stop Loss) tidak jauh di bawahnya. Strategi kedua adalah untuk memasuki posisi jual bila harga melantun dari garis rintangan dengan Renti Rugi diletakkan tidak jauh di atasnya. Tetapi dalam kedua-dua kes, adalah penting untuk diingat bahawa apabila harga menembusi garisan-garisan ini, mereka menukar peranan dan garis sokongan menjadi garis rintangan (dan sebaliknya).
Berdagang di dalam saluran (channel trading)
Semasa menganalisis carta, pedagang juga harus memberi perhatian kepada saluran trend. Saluran trend ialah sepasang garisan trend selari yang ditakrifkan oleh harga-harga tinggi dan rendah. Sebaik sahaja harga mencapai salah satu sempadan saluran, harga itu berpatah arah sehingga ia mencapai sempadan saluran yang satu lagi, dan begitulah seterusnya.
Pedagang swing boleh menggunakan strategi perdagangan saluran untuk melihat bilakah masa yang terbaik untuk memasuki posisi. Sila maklum bahawa peluang untuk membuka urusniaga yang baik meningkat apabila anda membeli pada garisan sokongan (iaitu garisan bawah) saluran yang uptrend dan menjual pada garisan rintangan (iaitu garis atas) saluran yang downtrend. Dalam erti kata lain, perkara utama yang anda sebagai pedagang swing harus ingat adalah untuk berdagang mengikut trend dan jangan terlepas waktu terbaik untuk keluar dari posisi.
SMA 10 hari dan 20 hari
Strategi perdagangan ini juga sangat popular di kalangan pedagang swing dan ia menggunakan purata bergerak ringkas (SMA). SMA menunjukkan harga purata dalam tempoh tertentu. Memandangkan harga berubah setiap hari, begitu juga SMA, jadi setiap purata bersambung dengan purata sebelumnya dalam satu garisan, yang boleh dipaparkan di carta harga.
Pedagang swing biasanya mengambil SMA 10 dan 20 hari dan menggunakannya pada carta yang sama untuk mempertimbangkan langkah seterusnya. Untuk melakukan ini dengan betul, mereka mencari titik di mana dua SMA bersilang antara satu sama lain. Persilangan SMA 10 hari di atas SMA 20 hari menunjukkan uptrend dan memberikan isyarat beli. Walau bagaimanapun, apabila ia menyilang ke bahagian bawah SMA 20 hari, ia menandakan downtrend dan memberikan signal jual kepada pedagang.
Penyilangan MACD
Strategi perdagangan ini dianggap sebagai salah satu indikator arah pergerakan harga dan penyongsangan trend yang paling mudah dan paling andal. MACD, atau indikator Moving Average Convergence Divergence mengira dan menunjukkan bagaimana dua purata bergerak (MA) harga berkaitan antara satu sama lain. Salah satunya lebih pantas daripada yang satu lagi, bermakna ia bertindak balas terhadap perubahan harga dengan lebih cepat.
Strategi perdagangan penyilangan MACD melibatkan kajian garisan MACD dan garisan signal. Apabila MACD melintasi garisan signal, ia menandakan permulaan arah trend yang baharu. Jika MACD berada di atas garisan signal, ia memberikan signal beli. Walau bagaimanapun, jika ia di bawah, maka ia memberikan signal jual.
Seperti yang anda dapat lihat, strategi ini cara yang terbaik untuk mengetahui bila trend baharu bermula dan sama ada lebih baik untuk berpegang pada strategi yang bearish atau bullish.
Petua terbaik untuk perdagangan swing di pasaran Forex
Selepas mempelajari tentang strategi perdagangan swing di atas, anda mungkin akan mendapati tips berikut agak berguna.
- Ambil kira trend jangka pendek dan jangka panjang. Walaupun perdagangan swing bukan gaya perdagangan jangka panjang, ia juga berbeza daripada gaya jangka pendek. Mengetahui ke mana arah trend akan membawa anda, boleh membantu anda merancang titik keluar anda dengan lebih baik dan memastikan anda tidak berdagang melawan arah trend.
- Jangan lupa tentang swap.. Apabila anda membiarkan posisi aktif semalaman, anda perlu membayar faedah, atau swap. Adalah penting untuk mengambil kira swap sebelum membuat keputusan untuk berdagang secara swing, supaya kos tambahan ini tidak mengejutkan anda.
- Ikuti berita. Harga saham dan matawang berkait rapat dengan apa yang berlaku di dunia, sama ada politik, ekonomi atau perubahan korporat dalam sesebuah syarikat. Menyedari apa yang boleh mempengaruhi harga aset yang anda dagangkan dan bagaimana ia berlaku boleh membantu anda meramalkan perubahan harga dan merancang langkah seterusnya.
- Pertimbangkan untuk menggunakan leveraj. Leveraj boleh membolehkan anda berdagang dengan lebih banyak posisi berbanding apa yang anda mampu lakukan jika anda ada hanya deposit anda sahaja. Lebih banyak posisi yang anda uruskan dengan jayanya, lebih banyak keuntungan yang boleh anda perolehi, dan ini satu perkara yang baik.
- Jangan fokus pada satu saham. Perdagangan swing lebih berisiko berbanding mana-mana gaya perdagangan jangka pendek, jadi meletakkan semua sumber anda pada satu saham boleh makan tuan. Cuba untuk rencamkan komposisi portfolio anda dan masukkan pelbagai saham yang berbeza dan minimumkan risiko yang boleh wujud.
Bagaimana cara untuk dagangkan saham dengan gaya swing
Memandangkan anda kini sudah tahu tentang strategi perdagangan swing yang paling popular, soalan penting seterusnya yang mungkin anda ada ialah bagaimana caranya untuk berdagang Forex dan saham dengan pendekatan swing.
Pertama, anda perlu membuka akaun untuk memulakan perdagangan. Anda juga boleh membuka akaun demo untuk berlatih berdagang swing tanpa sebarang risiko.
Langkah seterusnya ialah mengkaji pasaran semasa. Ini, bersama dengan analisis teknikal, boleh membantu anda meramalkan sama ada penyongsangan arah trend akan berlaku dan merancang strategi perdagangan anda.
Sebaik sahaja anda berjaya mengumpulkan maklumat yang mencukupi, tiba masanya untuk memilih saham yang hendak dibeli. Cuba beli saham yang berbeza untuk meminimumkan risiko potensi kerugian. Untuk mengurangkan potensi risiko, anda juga boleh memasukkan Stop Loss untuk keluar dari perdagangan anda secara automatik setelah angka sasaran anda telah dicapai.
Jadi bolehkah anda berehat sekarang kerana anda telah memilih apa yang hendak dibeli? Tidak sama sekali! Sekarang datang bahagian yang paling penting: memantau posisi anda. Sudah tentu, anda telah pun melakukan penyelidikan anda, tetapi anda kini perlu memastikan bahawa trend itu tidak mengubah trajektorinya dan menyebabkan kerugian di luar jangkaan anda. Ini juga boleh membantu anda mencari masa yang sesuai untuk menutup posisi anda dan mengekalkan keuntungan di paras semaksimum yang mungkin.
Akhir sekali, apabila anda sudah mendapat hasil yang memenuhi kehendak anda, anda boleh menutup posisi anda dan keluar dari posisi perdagangan anda, menuai semua keuntungan yang telah anda kumpulkan selepas sesi perdagangan swing ini.
Mencari saham untuk perdagangan swing
Untuk mengatakan "Cari saham yang sesuai untuk dibeli!" memang mudah, tetapi bagaimana anda tahu saham apakah pilihan yang terbaik untuk perdagangan swing? Berikut beberapa perkara penting yang perlu dipertimbangkan semasa memilih saham anda.
- Kecairan dan kemeruapan. Seperti yang telah kita pelajari, pedagang swing menjana keuntungan daripada perubahan harga dan penyongsangan arah trend. Ia adalah saham dengan kemeruapan yang tinggi yang mempunyai perubahan harga yang berterusan dan menguntungkan pedagang.
- Bear atau bull. Sebelum membuat komitmen kepada mana-mana saham, anda harus mempertimbangkan dengan teliti sama ada anda ingin berdagang di pasaran bear atau pasaran bull. Apabila memilih pasaran adalah amat bermanfaat untuk memilih saham mana yang lebih sesuai untuk dibeli dalam keadaan pasaran semasa.
- Pola carta. Gunakan pengesan pola dan alat analisis teknikal untuk mencari saham mana yang akan melakukan swing harga yang boleh anda manfaatkan. Carta dan alatan analisis teknikal juga membantu anda meramalkan perkara yang anda boleh jangkakan daripada swing harga ini dan membina strategi perdagangan anda.
- Prestasi. Walaupun anda mungkin menemui banyak saham yang memenuhi kriteria yang dinyatakan sebelum ini, anda tidak boleh membeli kesemuanya. Jadi adalah lebih baik untuk memilih hanya saham yang paling kukuh dalam sektor tertentu dan telah mengatasi prestasi saham-saham lain.
Ringkasan
Hari ini kita telah belajar tentang strategi perdagangan swing yang utama dan bagaimana ia boleh membantu anda merancang langkah anda sebagai seorang pedagang. Jika anda belum berpeluang untuk menjadi seorang pedagang sepenuh masa, perdagangan swing mungkin gaya perdagangan yang terbaik untuk anda. Untuk berjaya berdagang dengan gaya swing, anda perlu tahu cara menggunakan alat analisis teknikal dan pengesan pola carta untuk mencari saham yang paling menguntungkan untuk perdagangan swing dan membina strategi yang berkesan.
Baca lebih lanjut
- Perdagangan saham yang menguntungkan: panduan bagi mereka yang masih ragu-ragu
- Sedia, berdagang, untung! Membongkar rahsia dan tips berdagang secara berkumpulan untuk FBS League
- Richard Dennis - genius perdagangan komoditi.
- Kukuhkan keselamatan operasi perdagangan anda dan dapatkan manfaat dari penggunaan Pelayan Persendirian Maya (Virtul Private Server, Vps)
- Perdagangan Sosial: Inilah Caranya Bagaimana Membuatkan Wang Anda Bekerja
- Berdagang secara berpasukan: seperti bersukan, tetapi lebih bagus