1. FBS broker  >
  2. Blog FBS >
  3. Seorang gadis muda memutuskan untuk berdagang Forex dengan FBS
2024-05-30 • Dikemaskini

Seorang gadis muda memutuskan untuk berdagang Forex dengan FBS

chick_866x450.jpg

Hello, semua! Ann kembali lagi dan sudah bersedia untuk kongsikan pengalaman berdagang menggunakan indikator termudah, "Moving Average" (Purata Bergerak). Di dalam artikel ini, saya akan menceritakan setiap langkah yang saya lakukan dan total keuntungan yang saya raih.

Seperti yang anda masih ingat, saya telah menerima Bonus $50 dan membuat $113 bagi 2 hari pertama saya berdagang. Tidak mampu hendak saya lafazkan dengan kata-kata betapa bangganya perasaan saya ketika itu. Malah jika dibandingkan dengan saat bila mana saya berjaya mencari wang sendiri buat kali pertama ketika di sekolah menengah, saya tidaklah bangga seperti baru-baru ini! Klik di sini untuk membaca bahagian pertama kisah saya.

Jika anda fikir berdagang adalah semudah makan aiskrim, anda silap wahai sahabat! Pengajaran kedua yang saya terima dari Forex adalah menarik, tetapi sukar. Saya didorong untuk terus maju ke hadapan dan menerokai rahsia-rahsia baru! Keuntungan total saya tidaklah begitu tinggi, tetapi yang pasti saya kini sudah lebih bijak.

Hasil saya:

Baki akaun sebelum bermula: $113Masa dilaburkan: 2 jam sehari untuk 2 hariBaki akaun setelah berakhir: $142

Mari kita mulakan dari awal. Saya menerima "kerja rumah" dari penganalisa FBS – untuk mempelajari indikator "Moving Average" (Melayu: Purata Bergerak). Aduh, dengan ijazah saya di dalam bidang senireka, sakit otak saya cuba memahamkannya! Tetapi saya berjaya mengatasi semua rintangan, dan kini bersedia untuk beraksi dengan kemahiran baru saya!

Moving Average (MA)

Pertama sekali, saya telah mencari sedikit teori. *Dengan nada suara serius*: Moving Average adalah indikator yang menunjukkan purata harga suatu pasangan bagi suatu tempoh masa. Dengan ayat yang lebih ringkas lagi, ia menunjukkan purata harga bagi sekian bilangan candlestick. Bila anda pasang indikator ini kepada carta anda, satu garisan terakhir. Anda boleh pilih tempoh MA tersebut dan jenisnya di dalam tetapan (settings). 

Moving Average ada 4 jenis. Saya memutuskan untuk menggunakan purata bergerak eksponen (exponential moving averages) kerana ia meramalkan trend semasa dengan lebih meyakinkan.

Saya pasangkan 3 purata bergerak ke carta dengan tempoh yang berbeza-beza:

1) 8 candlestick – ia adalah MA yang pantas yang menunjukkan pergerakan harga bagi 8 candlestick terakhir dan dengan pantas bertindakbalas terhadap harga;

2) 21 candlestick – MA ini menunjukkan trend jangka pendek;

3) 100 candlestick – ia MA yang "perlahan" yang menunjukkan trend jangka panjang.

Teori ini cukup ringkas pada hemat saya. Jika harga di atas semua moving average – ia adalah uptrend yang berterusan. Jika harga di bawah semua MA – kita sedang melhat suatu downtrend. 

buy-and-sell.png

Saya lihat EUR/USD didagangkan di atas semua MA. "Cantik!" fikir saya, dan saya pun buka dagangan BUY. Bayangkan betapa bingungnya saya bila mana sebaik sahaja sahaja selepas itu, harga mula turun dan jatuh di bawah aras titik masuk saya. Apa yang tidak kena? Kemudian harga jatuh ke bawah MA, dan saya pun buka dagangan SELL. Kali ini saya berjaya menutup dagangan saya dengan menguntungkan.

Moving Average dengan tempoh yang berbeza-beza

Selepas beberapa lagi dagangan, saya akhirnya sedar bahawa waktu terbaik untuk membuka pesanan adalah bila harga baru sahaja menyilang MA. Bila ia naik ke atas, saya buka dagangan BUY. Bila ia turun, saya buka dagangan SELL. Keuntungan saya bertambah perlahan-lahan tetapi ia terus membukit dengan meyakinkan. Malahan saya telah membuka sebotol champagne untuk meraikan pengalaman dan kejayaan baru saya!

Komen dari Penganalisa

Seperti yang anda dapat lihat sendiri, biasanya tidak cukup dengan menambah indikator sahaja ke carta. Anda perlu pelajari bagaimanakah cara untuk "membaca" signalnya. Jika anda mahu purata bergerak untuk memberikan anda keuntungan, anda perlu mempunyai strategi tentang bila anda harus ke pasaran. Anda telah pasang beberapa MA ke carta, jadi gunakan semuanya! Dengan garisan-garisan ini anda boleh menciptakan satu strategi yang mudah tetapi efisien:

1. Lihat pada MA 100 tempoh. Jika harga berada di atasnya, trend jangka panjang adalah positif, jadi cari peluang untuk BUY. 2. Signal sebenar untuk BUY muncul bila MA 8 tempoh naik ke atas MA 21. 3. Jika MA 8 tempoh sudah pun berada di atas MA 21, dan harga berada di atas semua MA, tunggu untuk saat di mana ia turun ke bawah dan menyentuh MA tersebut. Jika harga kemudian melantun semula ke atas dari garisan tersebut, ia adalah masa yang baik untuk BUY.

Jika MA 8 dan 21 tempoh turun ke bawah MA 100, uptrend sedang berubah menjadi downtrend, jadi anda boleh mula mencari peluang untuk dagangan SELL. Selamat berjaya!

Stop Loss dan Take Profit

Kali ini saya sedikit sibuk. Saya perlu mengalihkan pandangan ke carta dari masa ke semasa jadi saya putuskan sahaja untuk menggunakan Take Profit dan Stop Loss. Saya mahu kunci keuntungan saya secepat yang mungkin dan dalam masa yang sama saya mahu mengelakkan segalanya yang telah saya raih. Saya faham bahawa kadang kala harga boleh bergerak dengan pantas, jadi pedagang harus berhati-hati dan sudah bersedia dengan senjata pertahanan masing-masing. Dalam kes saya, senjata rahsia saya adalah TP dan SL! 

Take Profit dan Stop Loss

Secara jujurnya (aduh malunya saya), saya tidak menggunakan apa-apa teknik khas utnuk mencari tempat bagi semua Take Profit dan Stop Loss saya. Saya hanya lihat pada carta dan meletakkan pesanan ini di mana yang saya rasakan sesuai.

Screenshot dari MetaTrader saya

sl-tp.png

Komen dari Penganalisa

Salah satu dari peraturan penting pengurusan risiko adalah TP anda harus lebih besar dari SL anda. Sebagai contoh, TP anda mungkin 30 point bila mana Stop Loss anda adalah 10 point. Ini adalah supaya seandainya satu dagangan ternyata kerugian, anda masih untung hasil dari dagangan-dagangan yang berhasil. Bila anda mencari tempat untuk SL dan TP, lihat pada puncak-puncak dan lurah-lurah di carta harga tersebut. Jika anda pasang pesanan anda berdekatan dengan mereka, dagangan anda akan jadi lebih menguntungkan. Cubalah!

Emosi

Kali ini saya juga telah membuat beberapa pemerhatian:

1. Perasaan mahu menutup dagangan yang sudah menguntungkan secepat yang mungkin untuk menjamin keberuntungan adalah satu godaan besar, walau pun saya dapat lihat pasaran memang akan terus bergerak dalam arah yang memihak kepada saya.

2. Bila saya ada dagangan yang kerugian, saya tak mahu menutupnya kerana saya berharap pasaran akan menyongsang. Kesannya, ada masa-masanya saya rugi lebih banyak dari yang sanggup saya tanggung, kerana saya tamak.

Saya mengerti bagaimana situasi seperti ini boleh menjadikan berdagang penuh dengan stres. Jadi bagaimana saya tanganinya? Maksud saya, selain dari menangis kuat-kuat sambil tarik-tarik rambut.

history.png

Komen dari Penganalisa

Anda memang betul, ramai pedagang sengsara kerana masalah ini. Cara terbaik menanganinya adalah dengan memilih aras TP dan SL anda terlebih dahulu dan tidak mengubah-ubahnya lagi selepas itu walau seberapa kuat keinginan anda. Dengan cara ini anda akan jadi terdorong untuk merancang dan fikir masak-masak sebelum berdagang. Anda akan dapat rasakan seperti seketul batu yang berat telah diangkat dari belakang anda. Anda akan tidak lagi obses dengan hanya satu dagangan sahaja serta tidak terlepas peluang-peluang menarik lain untuk meraih keuntungan. 

Hasil

Sekali lagi saya berjaya mencatat keuntungan, yeay! Keuntungannya boleh jadi lebih besar lagi, tapi lain kali (saya janji!) saya akan menerapkan cadangan-cadangan yang diberikan oleh penganalisa comel kita dan lipat gandakan keuntungan saya tiga kali ganda!

Sekarang saya sudah bersedia untuk membuat sedikit kesimpulan. Perancangan jangka panjang dan pembinaan strategi adalah perkara yang memerlukan ilmu yang agak 'advance'. Dengan tahap kemahiran saya, pesanan-pesanan jangka pendek dengan keuntungan yang kecil bagi setiap dagangan adalah lebih efektif. Namun, walaupun dalam jangka masa pendek saya boleh menggunakan indikator seperti MA untuk mendapatkan idea perdagangan. Juga, Stop Loss dan Take Profit boleh menyelamatkan pedagang dari sakit mental dan menjimatkan wang (serta mengurangkan keguguran rambut)! 

history.png

Pesanan-pesanan saya

Perkara penting kedua yang telah berlaku – saya menyedari bahawa saya tidak mahu berdagang tanpa memahami apa yang saya lakukan. Surprise! Anda tidak boleh menang setiap masa, dan kerugian itu pasti akan ada, tetapi anda akan rasa macam Raja Forex bila anda berjaya skor keuntungan yang dirancang dengan baik! Memang bunyi pesanan ini seperti ceramah Dr Fadzilah Kamsah tapi memang betul pun, ia 100% berkesan!

Komen dari Penganalisa

Saya bangga dengan anda! Tenang-tenangkan diri dan teruskan! Untuk kerja rumah, pelajari bagaimana cara melukis garisan trend dan mencari aras-aras sokongan dan rintangan.

Baca lebih lanjut

  • 7365

Notis pengumpulan data

FBS menyimpan rekod data anda untuk mengoperasikan laman web ini. Dengan menekan butang "Terima", anda menyetujui Polisi Privasi kami.

Callback

 1
 93
 355
 213
 1684
 376
 244
 1264
 672
 1268
 54
 374
 297
 61
 43
 994
 1242
 973
 880
 1246
 375
 32
 501
 229
 1441
 975
 591
 387
 267
 55
 246
 673
 359
 226
 257
 855
 237
 1
 238
 1345
 236
 235
 56
 86
 61
 61
 57
 269
 242
 243
 682
 506
 225
 385
 53
 357
 420
 45
 253
 1767
 1809
 593
 20
 503
 240
 291
 372
 251
 500
 298
 679
 358
 33
 594
 689
 241
 220
 995
 49
 233
 350
 30
 299
 1473
 590
 1671
 502
 224
 245
 592
 509
 39
 504
 852
 36
 354
 91
 62
 98
 964
 353
 44
 972
 39
 1876
 81
 962
 7
 254
 686
 850
 82
 965
 996
 856
 371
 961
 266
 231
 218
 423
 370
 352
 853
 389
 261
 265
 60
 960
 223
 356
 692
 596
 222
 230
 262
 52
 691
 373
 377
 976
 382
 1664
 212
 258
 95
 264
 674
 977
 31
 599
 687
 64
 505
 227
 234
 683
 672
 1670
 47
 968
 92
 680
 970
 507
 675
 595
 51
 63
 64
 48
 351
 1787
 974
 262
 40
 7
 250
 590
 290
 1869
 1758
 590
 508
 1784
 685
 378
 239
 966
 221
 381
 248
 232
 65
 421
 386
 677
 252
 27
 500
 34
 94
 249
 597
 268
 46
 41
 963
 886
 992
 255
 66
 670
 228
 690
 676
 1868
 216
 90
 993
 1649
 688
 256
 380
 971
 44
 1
 1
 598
 998
 678
 58
 84
 1284
 1
 681
 2
 967
 260
 263
00:00
00:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00
23:00
23:00
00:00
01:00
02:00
03:00
04:00
05:00
06:00
07:00
08:00
09:00
10:00
11:00
12:00
13:00
14:00
15:00
16:00
17:00
18:00
19:00
20:00
21:00
22:00
23:00

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Tukar nombor

Permohonan anda telah diterima

Pengurus akan menghubungi anda dalam amsa terdekat

Permohonan panggil balik seterusnya untuk nombor telefon ini
boleh dilakukan dalam dalam

Jika anda mempunyai isu yang perlu disegerakan, sila hubungi kami menerusi
Live Chat

Masalah dalaman. Sila cuba sebentar lagi

Jangan bazir masa anda – pantau bagaimana NFP mempengaruhi dolar AS dan kaut keuntungan!

Anda sedang menggunakan pelayar web yang versinya sudah lapuk.

Kemaskini kepada versi terkini atau cuba pelayar lain untuk penggunaan yang lebih selamat, selesa dan produktif.

Safari Chrome Firefox Opera